Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan KIKEE, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA atas pencapaian memperoleh Penarafan Emas dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Universiti Awam (KIK-UA) 2026 yang berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Pencapaian ini menjadi satu pengiktirafan terhadap usaha,komitmen dan kesungguhan Pasukan KIKEE dalam mempersembahkan idea serta inovasi yang dibangunkan.
Penarafan Emas ini turut menjadi cerminan tahap pencapaian dan kedudukan inovasi Team KIKEE dalam persaingan KIK-UA pada tahun ini, selain menjadi motivasi untuk terus memperkukuh budaya inovasi di FTKEE.
7 Ogos 2026 | FTKEE, UMPSA Pekan
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA telah menerima lawatan kerja daripada Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama penyelidikan dan perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak.
Lawatan yang diketuai oleh Dr. Nor Azwin binti Shukri, Ketua Projek, bersama pegawai penyelidik dan wakil industri ini turut melibatkan lawatan ke makmal pendawaian FTKEE serta perbincangan berkaitan pembangunan produk kabel rintangan api (flame-retardant cable) di bawah projek SRF-MOSTI.
Pertemuan ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pemindahan kepakaran antara FTKEE, Nuklear Malaysia serta pihak industri.
6 Ogos 2026 | UMPSA Pekan
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA berbesar hati menerima kunjungan 38 pelajar Tingkatan 4 bersama empat orang guru pengiring dari SMK Wakaf Tapai, Kuala Terengganu menerusi program lawatan sambil belajar ke Kampus Pekan.
Kunjungan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat kehidupan kampus, bidang teknologi kejuruteraan elektrik dan elektronik serta peluang melanjutkan pengajian di UMPSA selepas tamat persekolahan.
Sesi lawatan turut diserikan dengan taklimat akademik yang disampaikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FTKEE, Ts. Dr. Raja Mohd Taufika Raja Ismail, yang berkongsi mengenai program pengajian, persekitaran pembelajaran serta prospek kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.
Para pelajar turut berpeluang mengikuti taklimat kemasukan UMPSA sebelum dibawa meneroka beberapa makmal pengajaran dan penyelidikan FTKEE. Pendedahan secara langsung terhadap kemudahan dan teknologi yang digunakan dalam pembelajaran pastinya memberikan pengalaman baharu kepada para pelajar tentang dunia kejuruteraan yang lebih dekat dan realistik.
Semoga kunjungan ini menjadi satu pengalaman bermakna serta mencetuskan inspirasi kepada para pelajar untuk terus meneroka bidang STEM, TVET dan kejuruteraan, seterusnya menjadikan UMPSA sebagai antara destinasi pilihan dalam membina masa depan mereka.
Terima kasih SMK Wakaf Tapai atas kunjungan ke FTKEE. Jumpa lagi di UMPSA!
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Taklimat Bersama Dekan dan Pengurusan FTKEE kepada seluruh staf FTKEE akan diadakan seperti ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat)
📍 Tempat: DK2, FTKEE
Tentatif Program
📖 8.30 – 9.00 pagi
Sesi Bacaan Surah Al-Kahfi
🎤 9.00 – 11.30 pagi
Taklimat Bersama Dekan dan Pengurusan FTKEE
Sehubungan dengan itu, semua staf FTKEE adalah dijemput hadir bagi menjayakan program ini. Kehadiran dan kerjasama semua amatlah dihargai.
Terima kasih.
All The Best, Team Kikee! Prove Ftkee’s Excellence!
The entire Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology (FTKEE), UMPSA wishes Team KIKEE all the best as they represent the faculty at the 2026 Public Universities Innovation and Creativity Convention (KIK-UA), taking place from 5–6 August 2026 at the National Defence University of Malaysia (UPNM).
May all the hard work, creativity and innovation invested throughout this journey bring a proud and rewarding outcome. Continue to move forward with confidence, team spirit and determination to uphold the name of FTKEE and UMPSA.
💪 Step forward as one team.
🏆 Strive for excellence.
✨ Come home with victory!
The entire FTKEE family is always behind #TeamKIKEE, supporting and praying for your success. May everything be made easy for you, and may you achieve the very best results.
All the best, Team KIKEE! We believe in you!
Salam Satu Hati, Satu Fakulti
Program yang ditunggu-tunggu oleh semua staf FTKEE telah tiba kembali..
Ayuh semua staf dijemput untuk menyertai Program Briskwalk FTKEE yang akan diadakan seperti berikut:
📅 Tarikh: 5 Ogos 2026 (Rabu)
🕣 Masa: 8.30 – 9.30 pagi
📍 Tempat Berkumpul: Pintu Laluan Utama FTKEE
Tentatif Program:
🕗 8.15 pagi – Berkumpul di pintu laluan utama FTKEE
🕣 8.30 pagi – Sesi warming up & briskwalk bermula
🕤 9.30 pagi – Tamat briskwalk dan berkumpul di lobi untuk Program Gotong Royong Perdana FTKEE 2026
🛣️ Laluan:
FTKEE ➡️ Dewan Cendekia Siswa ➡️ Kolej Kediaman ➡️ Akademi Adab ➡️ FTKEE
👟 Pakai pakaian dan kasut yang sesuai, bawa botol air jika perlu. Air mineral akan disediakan di lobi nanti.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Gotong-Royong Perdana FTKEE 2.0 akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh:
5 Ogos 2026
🕤 Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Blok Pentadbiran dan Blok 1
Program ini dianjurkan bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih bersih, kemas, selamat dan kondusif, di samping mengeratkan hubungan serta semangat kerjasama dalam kalangan warga FTKEE.
Sehubungan itu, semua warga FTKEE dijemput untuk bersama-sama menjayakan program ini.
“Membina Kebersamaan, Menjaga Kebersihan”
Kerjasama dan komitmen semua amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Anjuran:
Jawatankuasa EKSA FTKEE
