Official Website    

Kursus Stand Alone Photovoltaic System Installation

Kursus Stand Alone Photovoltaic System Installation

Telah berlangsung kursus pendek selama 2 hari bermula 4 dan 5 Mac 2024 di FTKEE. Kursus bermatlamat melahirkan staf yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam terhadap hal yang berkaitan dengan teknologi solar semasa samada diperingkat pengajaran dan pembelajaran ataupun melangkaui teknologi global.
 
Penguasaan ini juga penting bagi staf FTKEE mencapai lonjakan stategik yang telah digariskan oleh UMPSA sekaligus merealisasikan UMPSA sebagai sebuah universiti bertaraf dunia.
Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FTKEE 2024

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FTKEE 2024

Telah berlangsung BENGKEL HIRAO bersama pihak Unit Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO) di FTKEE. Program berkenaan prosedur pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi aktiviti penyelidikan akan diadakan bagi memastikan keperluan pematuhan perundangan oleh FTKEE terhadap Seksyen 18B, Kewajipan Untuk Menjalankan Petaksiran Risiko dan Melaksanakan Langkah-langkah Kawalan, Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022.
 
Telah hadir memberikan taklimat Ts. Mohd Marzuki Bin Mohamed, Timbalan Pengarah, Unit Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Puan Siti Sofiasuhana Binti Fouzi, Penolong Pegawai Sains, Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan,Encik Ahmad Harris Bin Abd Hamid, Jurutera, Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.
Tahniah Profesor Madya Dr. Ts. Roshahliza di atas Kejayaan Memperoleh Geran Industri

Tahniah Profesor Madya Dr. Ts. Roshahliza di atas Kejayaan Memperoleh Geran Industri

Tahniah kepada Profesor Madya Dr. Ts. Roshahliza di atas kejayaan memperoleh geran industri.

Sumber Rujukan: LINK

Bengkel Pembangunan Modul Latihan ClassPoint

Bengkel Pembangunan Modul Latihan ClassPoint

Dalam bengkel ini, kumpulan penyelidik Engineering Education FTKEE menjalankan kerjasama bersama Center for Engineering Education (CEE), UTM bagi membangunkan modul Latihan.
 
Selain itu, perbincangan mengenai penyelidikan dan konsultasi turut diadakan. Terima kasih atas konsultasi Dr. Nurzal Effiyana Ghazali dan Dr Farah Ab Rahman. Kumpulan penyelidik dari FTKEE terdiri daripada Dr. Mohd Shafie, Puan Nurul Wahidah, Puan Nurulfadzilah, Dr. Rohana dan D. Yasmin. Semoga kerjasama kedua-dua belah pihak dapat memberi manfaat dalam peningkatan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia.
Majlis Amanat Dekan FTKEE UMPSA 2024

Majlis Amanat Dekan FTKEE UMPSA 2024

TARIKH : 1 MAC 2024 (JUMAAT)
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN KULIAH 2, FTKEE
PAKAIAN : BAJU BATIK BIRU FTKEE

Tahniah Diucapkan Kepada Penyelidik FTKEE UMPSA Yang Telah Memenangi Pingat dan Anugerah Dalam Malaysia Technology Expo (MTE) 2024

Tahniah Diucapkan Kepada Penyelidik FTKEE UMPSA Yang Telah Memenangi Pingat dan Anugerah Dalam Malaysia Technology Expo (MTE) 2024

FTKEE UMPSA BERSINAR DI MTE 2024
 
Malaysia Technology Expo (MTE) 2024 telah berlangsung pada 22-24 Februari 2024 bertempat di Tun Razak Hall 3, Level 3, WTC Kuala Lumpur.
 
Tahniah diucapkan kepada penyelidik UMPSA yang telah memenangi pingat dan anugerah dalam Malaysia Technology Expo (MTE) 2024.
UMPSA telah memenangi sebanyak 1 Anugerah Khas, 2 Pingat Emas, 5 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa.
 
Anugerah The Union of Arab Academics
 
Fluidized Wireless LED Reactor (Wastewater Treatment and Hydrogen Production) - Profesor Madya Dr. Mohd Mawardi Bin Saari
 
Pingat Emas
 
Fluidized Wireless LED Reactor (Wastewater Treatment and Hydrogen Production) - Profesor Madya Dr. Mohd Mawardi Bin Saari
Salam Nisfu Syaaban

Salam Nisfu Syaaban

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Allah SWT melihat hambaNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua hambaNya KECUALI orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan” (Sahih Ibnu Hibban, 5665)

Manfaatkan malam Nisfu Syaaban dengan melaksanakan amalan seperti membaca al-Quran, qiamullail, istighfar,solat sunat dan berdoa memohon keampunan daripada Allah SWT.

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) UMPSA Bersama OMRON Electonics (M) Sdn. Bhd.

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) UMPSA Bersama OMRON Electonics (M) Sdn. Bhd.

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Omron Electronics (M) Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan dan latihan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang kompeten.

Majlis menyaksikan Penolong Naib Canselor (Pusat Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Datin Ts. Dr. Mimi SAkinah Abdul Munaim, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Profesor Madya Dr. Hamdan bin Daniyal, dan Pengarah Pusat TVET Termaju. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani.

Manakala pihak OMRON diwakili oleh En. Lee Kok Soong, Pengarah Urusan, En. Alvin Choi Kwok Weh, Pengurus Jualan dan En. Sharizal bin Ahmad, Pengurus Akaun.

Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah berkata, OMRON mempunyai kepakaran dan teknologi dalam bidang automasi, penderia, kawalan, robotik dan Revolusi Industri 4.0 di mana ini dapat membantu UMPSA dalam memberikan nilai tambah kepada mahasiswa UMPSA.

Menurut En. Lee Kok Soong pula, kerjasama bersama UMPSA ini merupakan salah satu usaha di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara dua pihak.

“OMRON akan membantu UMPSA dalam menubuhkan makmal yang mempunyai peralatan yang majoritinya adalah buatan Malaysia”,katanya.

Melalui kerjasama ini juga, pelbagai program lain turut boleh diadakan seperti Train the Trainer (TTT), membangunkan modul latihan yang releven dengan kehendak semasa, penempatan bagi pelajar untuk menjalani latihan industri di OMRON dan sesi perkongsian ilmu antara kedua-dua belah pihak.

Latihan Dalaman Kursus PHYTON Programming dan Internet of Things (IOT)

Latihan Dalaman Kursus PHYTON Programming dan Internet of Things (IOT)

Pada 20 Februari 2024 telah diadakan Latihan Dalaman Kursus Python Programming Dan Internet Of Things (IOT) Bagi Keperluan Kursus BTE1522 Innovation Lab LI -Python, Bte2533 Innovation Lab IV - IOT Dan Senior Design Project.

Objektif bengkel antaranya;

1.Kandungan utama Innovation Lab II melibatkan penggunaan bahasa Python dan integrasi dengan Raspberry PI sementara Innovation Lab IV pula mendedahkan cara membina getaway IoT yang sepenuhnya berfungsi menggunakan Raspberry Pi.

2. Senior Design Project pula adalah kursus bagi pelajar tahun akhir (BTE 3813 dan BTE 4826) di mana projek yang terlibat biasanya melibatkan integrasi antara pengaturcaraan dan perkakasan, dimana pengetahuan dalam pengaturcaraan Python serta penggunaan Raspberry Pi dalam projek menjadi semakin penting.

3. Latihan dalaman ini akan melibatkan penceramah dalaman UMPSA yang berpengalaman iaitu En Amran Bin Abdul Hadi untuk memberi latihan dan pengajaran secara bersemuka kepada peserta yang terlibat.

4. Latihan dalaman ini adalah perlu dan akan disertai oleh pensyarah-pensyarah dalam program BTS dan BTE khususnya yang terlibat dalam pengajaran agar pengetahuan berkaitan penggunaan bahasa Python dan aplikasi Raspberry PI dapat dikuasai sepenuhnya dan dapat diajar kepada para pelajar dengan sebaiknya.

Kursus Innovation Lab II dan Innovation Lab IV merupakan subjek wajib bagi program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komputer Sistem), singkatannya BTS, yang bakal ditawarkan buat pertama kalinya pada semester 2 2023/2024.

 

Penilai Luar Bagi Persediaan Permohonan SRRO2 Bagi Program Diploma Di Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah

Penilai Luar Bagi Persediaan Permohonan SRRO2 Bagi Program Diploma Di Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah

Telah diadakan sesi lawatan penilai luar iaitu Lawatan Persediaan Bagi Permohonan New Cycle Accreditation MBOT Program-Program Diploma di Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah (KVSHAS), Kuala Lipis Pahang.

Wakil FTKEE yang terlibat sebagai panel luar Prof Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ibrahim dan Ts. Dr. Md Rizal Bin Othman sebagai pemerhati.

Semoga dengan lawatan ini dapat memberi tambah baik untuk permohonan akan datang.

Image
— Hubungi
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my