Official Website    

UMPSA STEM Lab @ 2024 IEEE STEM Summit

UMPSA STEM Lab @ 2024 IEEE STEM Summit

UMPSA STEM Lab telah terpilih sebagai salah satu pembentang di 2024 IEEE STEM Summit. Topik yang akan dibentangkan adalah "Exploring Pedagogical Approaches in Arduino Robotics Through Hands-On Experience," yang merupakan aktiviti yang telah dijalankan di STEM Lab sejak 7 tahun yang lalu.

IEEE STEM Summit selama tiga hari ini adalah percuma (pendaftaran: https://stem-summit.tryengineering.org/) menampilkan speakers dari seluruh dunia dan terbuka kepada para sukarelawan, pendidik, peminat STEM, dan ibu bapa untuk berkongsi idea, pengalaman, serta meneroka cara baharu untuk menggalakkan minat pelajar dalam bidang STEM, khususnya terkait dengan teknologi dan digital.

FTKEE Career Bootcamp 2024

FTKEE Career Bootcamp 2024

Hebahan penting kepada pelajar tahun akhir FTKEE.
Terhad kepada 70 orang pelajar sahaja.
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk sertai program Bootcamp Kerjaya 2024

Bootcamp Kerjaya 2024 ini bertujuan memberikan pelbagai input dan informasi tentang kerjaya yang sejajar dengan kehendak dan pasaran kerja masa kini.Melalui program ini, peserta akan memperolehi pengalaman bermakna melalui pendedahan kemahiran menulis resume dan tatacara menghadiri temuduga daripada penceramah/pembimbing dari Talentcorp agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Oktober 2024
Tempat : DK2, FTKEE, UMPSA Pekan
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Makan tengahari dan sijil penyertaan akan disediakan bagi semua peserta.
Bagi pelajar yang berminat, boleh mengisi boring di link https://forms.gle/yZrdTZ4WEBAkf36j7 sebelum 18 Oktober 2024 ini.

Library Research Support Week 2024: IEEE Xplore User Training

Library Research Support Week 2024: IEEE Xplore User Training

Join us for an informative session on how to make the most out of the IEEE Xplore digital library! This hands-on training is perfect for researchers, students, and faculty members who want to efficiently use the IEEE Xplore platform for their academic and research needs.

📅 Date: 17th October 2024 / Thursday
🕙 Time: 11.00 am - 12.30 pm
📍 Venue: Computer Lab, UMPSA Pekan Library
👨‍💼 Trainer: Mr. Edward Kennedy Thevarakam (Senior IT Manager)
👉Registration Link: https://tinyurl.com/IEEE-UMPSA
🔗 or scan the QR code to save your spot.

FTKEE UMPSA Researchers Listed Among The World's Top 2% Scientists

FTKEE UMPSA Researchers Listed Among The World's Top 2% Scientists

A total of 20 UMPSA researchers have been listed among the World's Top 2% Scientists in the categories of Career-Long Achievement and Single Year Achievement, based on data recently released by Elsevier BV, Stanford University, USA.

Congratulations to Assoc. Prof. Dr. Mohd Herwan Bin Sulaiman and Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Ashraf Bin Ahmad on this outstanding achievement.

[Utusan Malaysia] UMPSA Kekal Universiti Teknikal Nombor Satu Terbaik Negara

[Utusan Malaysia] UMPSA Kekal Universiti Teknikal Nombor Satu Terbaik Negara

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kekal universiti teknikal terbaik negara apabila berada di kedudukan pertama dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) buat tiga tahun berturut-turut.

Pengumuman Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025 pada 9 Oktober lalu yang menyenaraikan UMPSA di tangga 601-800 terbaik dunia turut menyaksikan universiti berkenaan di kedudukan kelapan terbaik dalam kalangan institusi awam dan swasta di negara ini.

Sumber : LINK

Bengkel Pemantapan Projek Penyelidikan Bagi Kursus URP 1 & URP 2

Bengkel Pemantapan Projek Penyelidikan Bagi Kursus URP 1 & URP 2

Makluman kepada semua pelajar tahun akhir. Bengkel Pemantapan URP akan diadakan pada Jumaat ini seperti maklumat di dalam poster. Oleh itu, semua pelajar tahun akhir diwajibkan untuk hadir ke bengkel ini.

Tahniah atas pelantikan sebagai ClassPoint Certified Trainer

Tahniah atas pelantikan sebagai ClassPoint Certified Trainer

Tahniah atas pelantikan sebagai ClassPoint Certified Trainer. Pihak Inknoe, ClassPoint telah melantik semua ahli pasukan geran PPU230111 (Assessing the Influence of Integrating Classpoint Technology in Electrical Engineering Course).
Semoga dengan pelantikan ini akan terus memberikan semangat untuk memacu kejayaan yang lebih lagi dalam bidang yang diceburi.
Tahniah kepada ahli-ahli kumpulan yang terlibat!
UMPSA di Tangga 601-800 Terbaik Dunia Dalam Penarafan Times Higher Education (The) World University Rankings 2025

UMPSA di Tangga 601-800 Terbaik Dunia Dalam Penarafan Times Higher Education (The) World University Rankings 2025

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya mengekalkan dan tersenarai dalam penarafan Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025 di kedudukan 601-800 terbaik di dunia.

Kejayaan ini menyaksikan UMPSA berada di kedudukan #8 terbaik di Malaysia dan #1 terbaik dalam kalangan Malaysia Technical University Network (MTUN). Keputusan penarafan berkenaan telah diumumkan oleh pihak Times Higher Education (THE) pada hari ini, 9 Oktober 2024.

Times Higher Education (THE) World University Rankings adalah sistem penarafan peringkat global yang menilai prestasi Universiti di seluruh dunia berdasarkan Indikator:


- Teaching (29.5%)
- Research Environment (29%)
- Research Quality (30%)
- International Outlook (7.5%)
- Industry (4%)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga UMPSA di atas pencapaian tersebut.

Kontinjen FTKEE di Sambutan Maulidur Rasul 1446 H / 2024 Peringkat UMPSA

Kontinjen FTKEE di Sambutan Maulidur Rasul 1446 H / 2024 Peringkat UMPSA

Sekitar suasana Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) 2024.

Hari Akademik Erat Hubungan Pelajar Dengan Penasihat Akademik

Hari Akademik Erat Hubungan Pelajar Dengan Penasihat Akademik

Telah berlangsung pada 8 Oktober 2024 sesi pelajar bersama penasihat akademik masing-masing untuk menilai keputusan peperiksaan semester terdahulu dan membincangkan perancangan pembelajaran bagi semester semasa.
 
Sementara itu, hari akademik ini juga merupakan pertemuan pertama bagi pelajar baharu bersama penasihat akademik masing-masing.
Slot khas antara penasihat akademik dan pelajar ini membolehkan maklumat terperinci berkenaan program pengajian disampaikan secara lebih khusus dan berkesan kepada pelajar.
Image
— Hubungi
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my