Mesyuarat Hala Tuju Kumpulan Penyelidikan bersama Dekan dan Timbalan Dekan Penyelidikan FTKEE UMPSA
Y.Bhg. Profesor/Prof. Madya/Ir./Ts./Dr./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Seperti sedia maklum, mesyuarat hala tuju kumpulan penyelidikan Bersama Dekan dan Timbalan Dekan Penyelidikan FTKEE UMPSA bakal berlangsung pada 3-4 March 2025.
Ketua Kumpulan Penyelidikan adalah seperti berikut:
1. Ir. Dr. Ayib Rosdi Bin Zainun - Applied Electronics (AE).
2. Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ibrahim -Computational System Intelligence (CSI).
3. Ts. Mohd Hisyam Bin Mohd Ariff - Wireless Communication Networks.
4. Profesor Madya Dr. Abu Zahrin Bin Ahmad - Energy & Power Systems (EPS).
5. Ir. Dr. Rosmadi Bin Abdullah - Power Electronics & Drives.
6. Profesor Madya Dr. Mohd Mawardi Bin Saari -Advanced Metrology & Sensing (AMES)
7. Profesor Madya Ir. Dr. Addie Irawan Bin Hashim - Robotics, Intelligent System & Control Engineering (RISC)
Sehubungan itu, semua ketua kumpulan perlu membentangkan perkara berikut ;
1. Latar Belakang Research Group.
2. Bidang Kepakaran Setiap Ahli.
3. Prestasi Semasa Research Group (Merangkumi hal ehwal Pasca Siswazah, Geran, Penerbitan, dan lain-lain yang dirasakan perlu).
4. Perbandingan Pencapaian Tahun 2024 Berbanding Tahun Sebelumnya.
5. Perancangan Tahun 2025.
6. Sasaran Tahun 2025.
7. Keperluan yang memerlukan bantuan Fakulti.
Kerjasama dan komitmen yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.