[UMPSA NEWS] Penyelidik FTKEE UMPSA bantu bangunkan sistem IoT bagi tingkatkan pengeluaran tanaman cendawan tiram

[UMPSA NEWS] Penyelidik FTKEE UMPSA bantu bangunkan sistem IoT bagi tingkatkan pengeluaran tanaman cendawan tiram

Usaha kolaborasi di antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan Ada Fresh Farm dalam melahirkan rumah cendawan berteknologi dengan sistem Internet of things (IoT) berjaya meningkatkan teknologi dalam industri pertanian, khususnya dalam penanaman cendawan. 

Penyelidikan yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Dr. Nur Huda Ramlan dan Dr. Ahmad Syahiman Mohd Shah itu turut dibantu oleh Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Dr. Ahmmad Shukrie Md Yudin. 

Menurut Dr. Nur Huda, sistem IoT yang dipasang mampu memantau suhu, kelembapan dan tahap karbon dioksida di dalam rumah cendawan. 

“Ia bertujuan memastikan persekitaran yang ideal bagi pertumbuhan cendawan yang lebih baik. 

“Sistem penyejukan yang beroperasi secara automatik pula membantu mengekalkan suhu yang optimum, terutamanya ketika cuaca panas melampau.  

“Rumah cendawan baharu di Ada Fresh Farm telah dibina dengan dana Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan dilengkapi dengan sistem penyejukan pintar serta  teknologi IoT yang dibangunkan UMPSA di bawah Dana Program Penyelidikan Translasional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),” katanya. 

Sumber: Penyelidik UMPSA bantu bangunkan sistem IoT bagi tingkatkan pengeluaran tanaman cendawan tiram | UMPSA News


Cetak   Emel