Let’s come and join the ROBOFTKEE Training on PCB Design and Soldering
🗓️ 25 th November 2023 (Saturday)
🕙 8:30 am – 4:30 pm
🖇️ Makers Lab, UMPSA Pekan, Pahang
FTKEE UMPSA
Official Website
Untuk Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Diploma Politeknik/ Universiti Awam/ IPTS/ Setaraf:
1. BTE – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dengan Kepujian
2. BTS – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) dengan Kepujian
3. BEL – Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
Bagi yang berminat boleh mohon secara atas talian melalui Laman Sesawang: https://admission.ump.edu.my/ump2take
Permohonan pengambilan kedua kini dibuka bermula 17 November 2023 sehingga 25 Disember 2023.
Maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pemasaran dan Kemasukan Akademik
Tel: +609-4315060 / 6800
E-Mel:
Penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektrikal (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr. Syukran Hakim Bin Norazman telah menghadiri 5th INTERPOL Car Forensic Expert Group Meeting yang di anjurkan oleh Pusat Inovasi Global Interpol dan dihoskan oleh Italia Polizia Stradale bertempat di Jabatan Polis Jalanraya Negara, Alessandro Magnasco 60, Rome, Itali.
Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Pahang anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melabuhkan tirai hari ini dengan lebih 4000 pengunjung daripada komuniti setempat yang terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi serta orang awam.
Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Pahang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 10 - 11 November 2023 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi: Dewan Serbaguna, UMPSA Pekan
Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya:
✅Demonstrasi Dron
✅Pertandingan E-sport (Mobile Legends & PUBG)
✅Demonstrasi Kenderaan Elektrik (EV)
✅Cerapan Matahari
✅Robotik
✅Percetakan 3D
✅Cabaran STEAM
✅MathEnergy Cafe
✅Ceramah Sains & Teknologi
✅Persembahan Petrosains PlaySmart
✅Pameran dan Demonstrasi Sains
✅... dan banyak lagi...
Semua dijemput hadir! Masuk percuma! Lebih menarik e-sijil penyertaan peringkat negeri akan diberikan kepada pelajar yang menyertai karnival ini.
Jangan lepaskan peluang.. Terdapat pelbagai aktiviti dan pameran menarik untuk anda terokai. Kami juga bawakan keseronokan kepada anda meneroka ilmu sains! Jom ramai-ramai kita memeriahkan karnival ini!
'STEAM Transformasi Generasi Madani'
JULUNG KALI MAJLIS APRESIASI PELAJAR CEMERLANG & LONJAKAN AKADEMIK TINGKAT SEMANGAT MAHASISWA FTKEE bersama dengan Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (EEES) sesi akademik 2022/2023 telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang & Lonjakan Akademik FTKEE pada 28 Oktober 2023.
Majlis ini merupakan sesi penganugerahan dan penghargaan kepada mahasiswa dengan meraikan mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang iaitu GPA 3.50 dan keatas dan juga bagi mahasiswa yang mempunyai lonjakan prestasi yang baik sepanjang sesi akademik 2022/2023.
Dengan segala hormatnya, kami menjemput YBhg. Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri Majlis Apresiasi Mahasiswa Cemerlang & Lonjakan Akademik (Semester II 22/23) pada ketetapan berikut:
Tarikh : Sabtu, 28 Oktober 2023
Masa : 8am – 12pm
Lokasi : DK300, FTKMA
Semoga kehadiran YBhg. Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat memeriahkan serta memberi sokongan kepada pelajar-pelajar cemerlang di majlis ini.