
_thumbnail.jpeg)
PEKAN, 3 Februari 2023 - Radio Frequency Identification (RFID) bukanlah sesuatu yang asing pada masa kini.
Namun perluasan penggunaan masih pada tahap minimum berikutan banyak perspektif negatif yang timbul mengenai kegagalan sistem RFID pada pengendali tol di Malaysia, sedangkan RFID mempunyai rekod yang cemerlang di negara-negara lain yang turut mengoperasi sistem yang sama.
Melihat kepada perspektif negatif terhadap RFID, pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Mohd Hisyam Mohd Ariff, 42 telah menaik taraf potensi RFID dalam beberapa aspek iaitu mendapatkan sistem kelajuan bacaan yang lebih tinggi, mengesan lebih banyak tag dalam jangka masa yang singkat dan kawasan liputan pengesanan yang lebih meluas.
Penyelidikan itu turut mendapat kerjasama daripada pensyarah FTKEE, Dr. Noor Zirwatul Ahlam Naharuddin, Ts. Dr. Mohammad Fadhil Abas dan pensyarah Pusat Sains Matematik (PSM), Dr. Rahimah Jusoh @ Awang.
Menurut Mohd Hisyam, kepesatan teknologi pada masa kini memerlukan medium pemindahan maklumat yang lebih pantas dan berkesan dan RFID merupakan satu bentuk komunikasi tanpa wayar yang menggunakan medan elektromagnet untuk mengenal pasti dan menjejak tag yang dilampirkan pada objek secara automatik.
Sumber rujukan:
_thumbnail.jpeg)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dilampirkan Infografik bagi Talian Kecemasan & Pusat Bencana UMP untuk makluman semua pihak.
Laman sesawang RES-Q UMP: https://ump.edu.my/en/3333
Sekian Terima Kasih.

Dengan segala hormatnya, kami menjemput YBhg. Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri PSM2 Exhibition (Semester I 22/23) pada ketetapan berikut:
Tarikh : Khamis, 19 Januari 2023
Masa : 9am – 5pm
Lokasi : FTKEE & FTKMA Engineering Laboratory Area, UMP Gambang
Pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) akan mempamerkan dan membentangkan hasil akhir kerja penyelidikan bagi subjek Engineering Project I & II.
Semoga kehadiran YBhg. Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat memeriahkan serta memberi sokongan kepada peserta program ini.

Let’s come and join the sharing session with Ir..Krismadinata from Faculty of Engineering, Universitas Negeri Padang, Indonesia.
🗓️ 11 Jan 2023 (Wednesday)
🕙 10:00 am – 12:00 pm
Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/91089744059?pwd=bzh3d1JrOUQ2bU5qTnBUUHpQSGo1UT09
Meeting ID: 910 8974 4059
Passcode: 941100

Pengurusan dan warga kerja Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran panel Penilaian Akreditasi Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dengan Kepujian, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UMP.
Tarikh: 18 – 19 Januari 2023
Hari: Rabu dan Khamis
