Official Website    

Rangkaian Penyelidikan Banjir UMPSA yang diketuai oleh Penyelidik FTKEE Memperkenalkan Sistem Amaran Bencana Kepala Air

Rangkaian Penyelidikan Banjir UMPSA yang diketuai oleh Penyelidik FTKEE Memperkenalkan Sistem Amaran Bencana Kepala Air

8 Oktober 2023 | Lipis Pahang.

Sesi demonstrasi dan pelancaran projek Sistem Amaran Bencana Kepala Air “Smart Water Surge Warning System” oleh Rangkaian Penyelidikan Banjir UMPSA yang diketuai oleh Profesor Ir. Dr. Mohamad Faizal Jamlos sempena Majlis Perasmian Penutup Karnival Tanah "Syukuri Nikmat, Laksana Tanggungjawab, Jelaskan Cukai Tanah Anda", Peringkat Negeri Pahang Tahun 2023 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis.

Projek ini dibangunkan dengan kerjasama pihak Yayasan Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Negeri Pahang dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang. Hadir sama dalam majlis ini adalah Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli dan ahli LPU UMPSA, Profesor Ir. Dr. Mohamad Faizal Jamlos serta Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Dato' Hamdan Hussin.

 
Sumber: LINK
Sesi Kunjungan Wakil Kedutaan Jepun di Malaysia dan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS)

Sesi Kunjungan Wakil Kedutaan Jepun di Malaysia dan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS)

4 Oktober 2023 - Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA telah menerima kunjungan buat julung kalinya daripada Mr. Yukiyoshi Saito, Sekretariat Pendidikan dan Sains Kedutaan Jepun di Malaysia, Pn Noraini Ahmad Salim, Pegawai Khas Perhubungan Pendidikan Kedutaan Jepun di Malaysia dan En. Zamri Bakar, Setiausaha Persatuan Alumni Dasar Pandang Ke Timur (ALEPS).
 
Sesi ini juga telah dihadiri oleh oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Corporation Manufacturing Malaysia (MMCMM) Sdn, Bhd, Mr Yoshio Kobayashi dan pengurus operasi, En. Mohamad Norsyafiq B Ab Hamid. Pertemuan ini menjadi platform kepada pihak kedutaan mengenalpasti bekas graduan Jepun yang kini berkhdmat di UMPSA,khususnya di FTKEE. Para pensyarah juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi profail kepakaran masing-masing, baik dari segi bidang kajian mahupun inisiatif-inisiatif yang masih dijalankan yang mendapat kerjasama daripada pihak Jepun.
 
Akhir pertemuan,berdasarkan jumlah keberadaan bekas graduan Jepun di UMPSA serta kepelbagaian kepakaran yang dimiliki, pihak kedutaan Jepun di Malaysia mengalu-alukan kerjasama dan perancangan bersama untuk aktiviti di masa akan datang, sama ada program berkaitan akademik mahupun bukan akademik. Hasil pertemuan ini memberi impak positif akan keberkesanan program dasar pandang ke timur yang telah sekian lama diilhamkan, dan seterusnya memberi manfaat terutamanya melahirkan modal insan yang memberi tambah nilai kepada keutuhan dan kecemerlangan UMPSA di peringkat global.
Selamat Menyambut Hari Akademia

Selamat Menyambut Hari Akademia

TARIKH 5 Oktober setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Akademia Malaysia bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan para pensyarah di negara ini.

Nurul Wahidah dari FTKEE dinobatkan pemenang Anugerah Akademik Universiti (AAU)

Nurul Wahidah dari FTKEE dinobatkan pemenang Anugerah Akademik Universiti (AAU)

KUANTAN, 3 Oktober 2023 - Nurul Wahidah Arshad dan Noraisah Nurul Fatwa Mohd Razali telah dinobatkan pemenang Anugerah Akademik Universiti (AAU) 2022 dalam majlis Anugerah Cendekia Bitara ‘22 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdulla (UMPSA) yang telah diadakan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan baru-baru ini.
 
Anugerah Akademik Universiti (AAU) anjuran Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik, Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA) itu merupakan antara anugerah tahunan berprestij UMPSA yang merangkumi dua anugerah utama iaitu Anugerah Pengajaran dan Anugerah Ahli Akademik Harapan.
 
Sumber Rujukan: LINK
Selamat Datang Kepada Pelajar Baharu FTKEE UMPSA

Selamat Datang Kepada Pelajar Baharu FTKEE UMPSA

Pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Sekalung Tahniah kepada Prof. Madya Ts. Dr. Roshahliza binti M Ramli

Sekalung Tahniah kepada Prof. Madya Ts. Dr. Roshahliza binti M Ramli

Setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Ts. Dr. Roshahliza binti M Ramli di atas kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS54 (Profesor Madya).
 
 
Kenaikan pangkat ini adalah satu bentuk pengiktirafan serta penghargaan Universiti atas khidmat bakti, prestasi dan komitmen pegawai dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan awam. Semoga kenaikan pangkat ini dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan staf dan Universiti amnya.
Mahasiswa FTKEE Memartabatkan Seni Silat di Beijing

Mahasiswa FTKEE Memartabatkan Seni Silat di Beijing

Menyifatkan ia sebagai tanggungjawab generasi pelapis, barisan pemuda yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Universiti Beijing Jiatong, menubuhkan
kumpulan silat untuk mempamerkan keunikan seni silat kepada masyarakat negara Tembok Besar itu ketika dijemput membuat persembahan dalam pelbagai acara di sini.

Pelajar ini merupakan pelajar kohort pertama double degree UMPSA-BJTU dari Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Beijing Jiaotong University (BJTU) China di mana pelajar akan mendapat dua skrol ijazah iaitu:
1) UMPSA - Bachelor of Electrical Engineering with Honours
2) BJTU - Bachelor of Electrical and Automation Engineering

Syabas kepada pelajar FTKEE di BJTU, Norizwan Aliff Mohd Nahar dan Che Wan Syahiran Amrin Che Wan Saupi, masing-masing berusia 22 tahun selain Muhammad Aqil Nor Zamani, Muhammad Aliff Aqma Amran Zaidy dan A. Thavirat Sukhphasin, masing- masing berusia 24 tahun.

Sumber: LINK

FTKEE RAIH 3 MEDAL EMAS DI INTERNATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING (IUCEL) 2023

FTKEE RAIH 3 MEDAL EMAS DI INTERNATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING (IUCEL) 2023

Tahniah kepada Pemenang Pingat Emas dari FTKEE di IUCEL 2023.
 
𝟏. 𝐄𝐝𝐮𝐜𝐫𝐞𝐚𝐭𝐨𝐫 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐢𝐨: 𝐔𝐧𝐥𝐨𝐜𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐂𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐲 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐒𝐞𝐚𝐦𝐥𝐞𝐬𝐬 𝐒𝐨𝐥𝐨 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧
Kumpulan penyelidik: Prof. Madya Dr. Hamdan Daniyal, Pn. Aishah Ibrahim, Pn. Nurul Wahidah Arshad dan Dr. Norazila Jaalam
 
𝟐. 𝐄𝐦𝐩𝐨𝐰𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐘𝐨𝐮𝐧𝐠 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐫𝐞𝐫𝐬: 𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐋𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚𝐜𝐲 𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥𝐞𝐫𝐬
Kumpulan penyelidik: Dr. Norazila Jaalam, Pn. Nor Farizan Zakaria, Pn. Nurulfadzilah Hasan, Pn. Nurul Wahidah Arshad, Ts. Dr. Yasmin Abdul Wahab, Ts. Dr. Rohana Abdul Karim, Dr. Suliana Ab Ghani dan Pn. Noor Lina Ramli
 
𝟑. 𝐒𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐡𝐞 𝐄𝐧𝐠𝐚𝐠𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐂𝐢𝐫𝐜𝐮𝐢𝐭: 𝐔𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬𝐩𝐨𝐢𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐄𝐧𝐞𝐫𝐠𝐢𝐳𝐞 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐞𝐧𝐭 𝐞-𝐋𝐞𝐚𝐫𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧 𝐄𝐥𝐞𝐜𝐭𝐫𝐢𝐜𝐚𝐥 & 𝐄𝐥𝐞𝐜𝐭𝐫𝐨𝐧𝐢𝐜𝐬 𝐄𝐧𝐠𝐢𝐧𝐞𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠
Kumpulan penyelidik: Ts. Dr. Mohd Shafie Bin Bakar, Puan Nurul Wahidah Binti Arshad, Ts. Dr Yasmin Binti Abdul Wahab , Pn. Nurulfadzilah Binti Hasan dan Ts. Dr. Rohana Binti Abdul Karim
 
Turut bersama bergambar kenangan PM Dr Azidah Abu Ziden, Pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik, JPT.
 
Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Anwar bin Zawawi

Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Anwar bin Zawawi

Setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Anwar bin Zawawi di atas kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS54 (Profesor Madya).
 
Kenaikan pangkat ini adalah satu bentuk pengiktirafan serta penghargaan Universiti atas khidmat bakti, prestasi dan komitmen pegawai dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan awam.Semoga kenaikan pangkat ini dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan staf dan Universiti amnya.
MAJLIS KONVOKESYEN UMPSA 2023

MAJLIS KONVOKESYEN UMPSA 2023

Dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-18 (MKK18) dijadualkan pada 21 Oktober 2023 hingga 24 Oktober 2023.

Sistem Pengesahan Kehadiran #MKK18 akan dibuka mulai 18 September 2023 bermula jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 12 Oktober 2023 melalui portal http://konvo.ump.edu.my.

Tahniah! Selamat Bergraduasi Buat Graduan UMPSA!

Image
— Hubungi
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my