Official Website    

FTKEE UMPSA Sertai Minggu Sains Negara 2023

FTKEE UMPSA Sertai Minggu Sains Negara 2023

Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Pahang anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melabuhkan tirai hari ini dengan lebih 4000 pengunjung daripada komuniti setempat yang terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi serta orang awam.

Pemilihan UMPSA sebagai tuan rumah penganjuran karnival ini telah meletakkan satu tanda aras kepada UMPSA sebagai lokasi yang mempromosikan aktiviti Sains dan Teknologi di negeri Pahang ini.
 
Tahniah kepada Profesor Madya Ts. Dr. Roshahliza Binti M Ramli Dan Ts. Dr. Mohammad Fadhil Bin Abas atas penglibatan pameran sepanjang Minggu Sains Negara berlangsung.
Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Pahang

Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Pahang

Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Pahang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 - 11 November 2023 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi: Dewan Serbaguna, UMPSA Pekan

Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya:
✅Demonstrasi Dron
✅Pertandingan E-sport (Mobile Legends & PUBG)
✅Demonstrasi Kenderaan Elektrik (EV)
✅Cerapan Matahari
✅Robotik
✅Percetakan 3D
✅Cabaran STEAM
✅MathEnergy Cafe
✅Ceramah Sains & Teknologi
✅Persembahan Petrosains PlaySmart
✅Pameran dan Demonstrasi Sains
✅... dan banyak lagi...

Semua dijemput hadir! Masuk percuma! Lebih menarik e-sijil penyertaan peringkat negeri akan diberikan kepada pelajar yang menyertai karnival ini.

Jangan lepaskan peluang.. Terdapat pelbagai aktiviti dan pameran menarik untuk anda terokai. Kami juga bawakan keseronokan kepada anda meneroka ilmu sains! Jom ramai-ramai kita memeriahkan karnival ini!

'STEAM Transformasi Generasi Madani'

Kerjasama FTKEE dan Eco Breeze Sdn Bhd Tingkat Inovasi Pembangunan Produk

Kerjasama FTKEE dan Eco Breeze Sdn Bhd Tingkat Inovasi Pembangunan Produk

PROJECT DEVELOPMENT TECHNICAL TALK DI FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
 
Sedang berlangsung "Project Development Technical Talk" bagi program Teknologi Kejuruteraan di fakulti iaitu BTE, BTS dan BTW pada Semester I sesi 2023/2024 bertempat di Dewan Kuliah DK 1.
 
Sesi ini memberi pendedahan awal kepada para pelajar tahun akhir yang bakal menempuh alam pekerjaan tentang kemahiran berkomunikasi dan berkongsi hasil kajian dan pengalaman dalam inovasi pembangunan produk. Ianya turut menyediakan platform untuk mempromosikan bakat dan kepakaran para pelajar khasnya dalam melaksanakan inovasi pembangunan produk yang pelbagai dan sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan di dalam sektor kerajaan atau swasta.
 
Ceramah berkenaan "Project Development Technical" Talk akan disampaikan wakil daripada pihak industry oleh Mr. Stanley Yap, Pengarah Urusan kepada Syarikat Eco Breeze Sdn Bhd yang juga merupakan salah seorang ahli dalam IAP fakulti.
 
1 November 2023
Tahniah kepada Mahasiswa Cemerlang FTKEE (Semester II 22/23)

Tahniah kepada Mahasiswa Cemerlang FTKEE (Semester II 22/23)

JULUNG KALI MAJLIS APRESIASI PELAJAR CEMERLANG & LONJAKAN AKADEMIK TINGKAT SEMANGAT MAHASISWA FTKEE bersama dengan Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (EEES) sesi akademik 2022/2023 telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang & Lonjakan Akademik FTKEE pada 28 Oktober 2023.
Majlis ini merupakan sesi penganugerahan dan penghargaan kepada mahasiswa dengan meraikan mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang iaitu GPA 3.50 dan keatas dan juga bagi mahasiswa yang mempunyai lonjakan prestasi yang baik sepanjang sesi akademik 2022/2023.

Hadir memeriahkan barisan pengurusan FTKEE, mantan pengurusan FTKEE dan penasihat akademik. Tiga kategori anugerah iaitu:
1. Anugerah Dekan
2. Anugerah Lonjakan Prestasi
3. Anugerah Mahasiswa Cemerlang disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Hamdan Bin Daniyal, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FTKEE).
Majlis Apresiasi Mahasiswa Cemerlang & Lonjakan Akademik (Semester II 22/23)

Majlis Apresiasi Mahasiswa Cemerlang & Lonjakan Akademik (Semester II 22/23)

Dengan segala hormatnya, kami menjemput YBhg. Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri Majlis Apresiasi Mahasiswa Cemerlang & Lonjakan Akademik (Semester II 22/23) pada ketetapan berikut:

Tarikh : Sabtu, 28 Oktober 2023
Masa : 8am – 12pm
Lokasi : DK300, FTKMA 

Semoga kehadiran YBhg. Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat memeriahkan serta memberi sokongan kepada pelajar-pelajar cemerlang di majlis ini.

Kembar Seiras Terima Ijazah Bersama - Utusan Malaysia

Kembar Seiras Terima Ijazah Bersama - Utusan Malaysia

Pasangan kembar seiras teruja apabila menerima Ijazah dalam bidang yang sama iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ke-18 di Dewan Kompleks Sukan UMPSA disini.

Anugerah Kecemerlangan Telekom Malaysia Berhad milik Nur Aishah Baharudin

Anugerah Kecemerlangan Telekom Malaysia Berhad milik Nur Aishah Baharudin

GAMBANG, 21 Oktober 2023 – “No Pain No Gain”, begitulah prinsip hidup yang dipegang oleh Nur Aishah Baharudin, 24 graduan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).    

Anak kepada pasangan Baharudin Abu Hassan, 57 dan Azizah Abu Bakar, 55 itu percaya hakikat kehidupan bahawa tiada hasil yang akan diperoleh tanpa melalui sakitnya sebuah perjalanan ternyata membuahkan hasil apabila berjaya merangkul Anugerah Kecemerlangan Telekom Malaysia Pahang pada Majlis Konvokesyen Ke-18 UMPSA, di sini, baru-baru ini. 
 
Ujarnya, hanya diri sendiri tahu kemampuan diri tetapi tetap tegar dalam berusaha untuk mencapai kejayaan. 
 
“Hasilnya, saya berjaya menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.86 selain turut meraih Anugerah Dekan setiap semester sepanjang menjalani pengajian ijazah sarjana muda, katanya.  
 
Menurut Jurutera Proses Pembuatan di Texas Instruments Electronics Malaysia (TIEM) itu, pensyarah kini menggunakan pendekatan open-ended. 
 
“Pendekatan ini sangat bagus kepada para pelajar untuk menganalisa permasalahan yang diberikan dan jawapannya tidak tertumpu kepada satu malah pelbagai.  
 
“Para pelajar tidak memfokuskan kepada satu jalan kerja malah pelbagai dan ini membuat para pelajar lebih memahami konsep secara dasar. 
 
“Kandungan kokurikulum yang sangat sejajar dengan keperluan industri terkini turut menjadikan graduan UMP menjadi buruan industri,” katanya.  

Sumber: LINK

Kolaborasi FTKEE dan Advanced Technologies and Solutions (AT&S) Tingkat Potensi Teknologi Litar Bersepadu

Kolaborasi FTKEE dan Advanced Technologies and Solutions (AT&S) Tingkat Potensi Teknologi Litar Bersepadu

Telah berlangsung Forum Advanced Technologies and Solutions (AT&S) : Disruptive Nature of Exponential Technologies and the IC Substrates Role in our Digitalised World di Auditorium Perpustakaan UMPSA Kampus Gambang pada 18 Oktober yang lalu.
 
Turut hadir Ketua Program (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) Dr. Ahmad Afif Bin Mohd Faudzi dan Profesor Madya Ir. Dr Nurul Hazlina Binti Noordin. Dalam memacu kemahiran dan kejayaan bakal graduan UMPSA di dalam bidang industri kejuruteraan, pihak ATS turut menawarkan tempat kepada pelajar untuk menjalani Latihan industri bersama mereka untuk mendapatkan pengalaman sebenar bersama industri. Disamping itu kebolehpasaran bakal graduan dlm industri dapat dipertingkatkan menerusi program dan jalinan bersama pihak industri.
 
18 Oktober 2023
Penerima Anugerah Emas Universiti milik Nur Sofia Idayu

Penerima Anugerah Emas Universiti milik Nur Sofia Idayu

21 Oktober 2023 | UMPSA Gambang
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengurniakan anugerah Emas Universiti kepada Nur Sofia Idayu binti Didik Aprianto, Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik (Elektronik).
Syabas kepada graduan!
21 Oktober 2023
Penganugerahan Profesor Emeritus kepada  Profesor Dato Ts Dr Mortaza Mohamed

Penganugerahan Profesor Emeritus kepada Profesor Dato Ts Dr Mortaza Mohamed

21 Oktober 2023 | UMPSA Gambang
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengurniakan anugerah Profesor Emeritus kepada Profesor Dato Ts Dr Mortaza Mohamed yang merupakan penganugerahan tertinggi akademik atas pelbagai sumbangan yang telah dicurahkan kepada universiti dan Pendidikan tinggi negara.
 
Profesor Dato Ts Dr Mortaza dilantik sebagai Pengarah Kampus UTM Kampus Cawangan Pahang pada tahun 1998 dan terlibat dalam penubuhan Kolej Teknologi Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) yang merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke-16 di Malaysia pada tahun 2002.
 
Sepanjang perkhidmatan UMPSA, beliau juga merupakan Timbalan Rektor dan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) pertama UMPSA.
 
Prof Dato' Dr Mortaza juga turut memberi sumbangan dalam merancang pelbagai projek demi memajukan bidang Kejuruteraan Elektrik (Kawalan Komputer) penerbitan dan aktiviti perundingan dengan pelbagai agensi di dalam bidang berkaitan dari dalam dan luar negara.
 
Penghargaan ini juga diberikan atas sumbangan dan kepakaran beliau dalam bidang penyelidikan di peringkat Universiti apabila dilantik sebagai Profesor Pelawat dan Profesor Tamu di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE) UMPSA pada tahun 2020 hingga 2021.
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Canselor turut menyempurnakan penganugerahan ijazah dan anugerah kecemerlangan kepada seramai 79 penerima ijazah sarjana dan kedoktoran termasuk 9 anugerah kecemerlangan bersempena Majlis Konvokesyen yang akan berlangsung pada sesi 1 pagi tadi.
 
Sumber: LINK
Image
— Hubungi
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my