Official Website    

Sukarelawan FTKEE Terlibat Sesi Pemasangan Sistem Tenaga Solar – Kluster Teknologi Mendokong SDG

Sukarelawan FTKEE Terlibat Sesi Pemasangan Sistem Tenaga Solar – Kluster Teknologi Mendokong SDG

Staf dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah menjalankan kerja pemasangan dan pemeriksaan sistem solar di Kota Belud, Sabah.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada program KEMBARA LESTARI @ NEGERI DI BAWAH BAYU 3.0, anjuran Yayasan UMPSA, di bawah inisiatif Kluster Teknologi yang mendokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 7 – Tenaga Bersih dan Mampu Milik.
Pasukan teknikal terlibat iaitu Ts. Nidzamuddeen Bin Ishak dan Encik Mohammad Malindo Bin Mohamad Arip dalam pemasangan panel solar atas bumbung, sambungan kabel, serta pengujian sistem untuk memastikan ia berfungsi secara efisien dan selamat.

Usaha ini mencerminkan komitmen UMPSA dalam memperkasa teknologi hijau dan pembangunan lestari demi kesejahteraan komuniti.
Kembara Lestari @ Negeri di Bawah Bayu 3.0 diharap dapat mempereratkan hubungan dengan komuniti Bajau Samah, memupuk kesukarelawanan dan memperkasa masyarakat melalui pendidikan, teknologi dan budaya.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network