Menuju Akreditasi Cemerlang: Transformasi OBE di FTKEE!
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah memperkasakan kualiti pendidikan melalui Bengkel "OBE Enhancement and Constructive Alignment Training"!
Bertempat di Inkubator Fakulti Komputeran, UMPSA, sepanjang 29-30 April 2025 (Selasa & Rabu) warga fakulti akan berkampung di sini. Tujuan adalah untuk meningkatkan kefahaman Outcome-Based Education (OBE) dan memperkasa pembangunan rubrik penilaian program BTE bagi memenuhi piawaian akreditasi ETAC. Harapan supaya kita dapat melahirkan graduan teknologi kejuruteraan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing global dan bersedia untuk masa depan industri!
Bersama pakar terkemuka, Prof. Ir. Dr. Mohd Khairil Rahmat, Pengarah Center for Research and Innovation, UniKL. Beliau merupakan Council Member (Electrical Engineering) bagi Engineering Technology Accreditation Council {ETAC), BEM dan berpengalaman luas sebagai Head of Accreditation Panel (Electrical Engineering), ETAC, BEM sejak tahun 2015 hingga sekarang.