FTKEE Santuni Lawatan Pintar Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak
Program Lawatan Pintar Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak @ Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdulah anjuran Yayasan UMPSA diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar sekolah rendah tentang suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Program ini juga bertujuan untuk merangsang pemikiran kritis serta mengasah kemahiran insaniah pelajar melalui pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan dan berstruktur.
Program ini telah berlangsung pada hari Isnin, 28 April 2025 bertempat di Kampus Pekan, UMPSA dan melibatkan penyertaan seramai 44 orang pelajar dan guru dari Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (SKPPPTR). Sepanjang program, para peserta akan terlibat dalam pelbagai modul pembelajaran interaktif serta sesi lawatan ilmiah ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dan Perpustakaan UMPSA.
Semoga dengan pelaksanaan program ini nanti dapat memberikan manfaat yang besar kepada para pelajar dalam membina keyakinan diri, meningkatkan minat terhadap pendidikan tinggi, serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik dan sahsiah diri pada masa hadapan.