Perkongsian Amalan Terbaik Kejuruteraan antara UMPSA dan Southern University College
FTKEE UMPSA menerima lawatan penandaarasan daripada Southern University College pada 3 Disember 2025.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan berkenaan amalan terbaik berkaitan struktur program, pengurusan kurikulum, pelaksanaan OBE, pentaksiran serta pengurusan makmal khususnya bagi program Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang dilaksanakan mengikut standard program EAC.
Delegasi SUC diketuai oleh Chan Bun Seng, Head of Electrical and Electronics Engineering Department, bersama Prof. Dr. Hishamuddin Jamaluddin, Chair Professor; Ir. Ts. Dr. Vasanthan Maruthapillai, Departmental Industry Network Coordinator; Dr. Irene Kong Cheh Lin, Project and Practice Coordinator (Diploma Programme); Noor Syazwana Sahar, STEM Coordinator; dan Muhammad Arif Nordin, Laboratory Executive.
Lawatan ini membuka ruang kepada pertukaran idea, perkongsian pengalaman serta potensi kerjasama strategik antara UMPSA dan SUC.
