Official Website    

Program Faculty@Institusi FTKEE UMPSA di SEMSAS

Program Faculty@Institusi FTKEE UMPSA di SEMSAS

1 Disember 2025 - Program Faculty@Institusi anjuran UMPSA telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) pada 1 Disember 2025. Seramai 9 orang pensyarah bersama 5 pelajar pascasiswazah FTKEE telah menyertai sesi promosi ini melibatkan hampir 300 pelajar Tingkatan 3 dan 4.
 
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memperkenalkan program akademik UMPSA, khususnya program dual-degree UMPSA–Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA), Jerman dan UMPSA–Beijing Jiaotong University (BJTU), China, serta memberi pendedahan STEM dan teknologi melalui pendekatan interaktif dan praktikal.
 
Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Dr. Nurulfadzilah Hasan yang memperkenalkan program-program diploma dan ijazah sarjana muda di UMPSA.
Perkongsian diteruskan oleh Dr. Ahmad Syahiman Mohd Shah mengenai program dual-degree Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (BEL), UMPSA–BJTU, diikuti oleh Dr. Nur Aqilah Othman yang membentangkan program dual-degree Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) (BHE), UMPSA–HKA.
 
Para pelajar turut berpeluang menonton vlog pengalaman pelajar dual-degree UMPSA–HKA yang kini menjalani latihan praktikal di Jerman, memberi gambaran langsung tentang pengalaman pembelajaran global.
 
Program diteruskan dengan sesi mini bengkel dan pameran yang melibatkan pelajar SEMSAS dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan meneroka teknologi sebenar.
Seramai 30 pelajar Tingkatan 4 menyertai bengkel Digital Makers: Python Programming yang dikendalikan oleh PM Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin bersama Dr. Noor Zirwatul Ahlam Naharuddin, memperkenalkan pengaturcaraan Python menggunakan Raspberry Pi Pico.
 
Pada masa yang sama, tiga aktiviti hands-on turut dijalankan di dewan utama:
Unplugged Coding: Robot Race oleh Puan Nor Farizan Zakaria dan Puan Haszuraidah Ishak, Introduction to Digital Electronics using DEWBoard(c) dikendalikan oleh Ts. Nurul Wahidah Arshad dengan bantuan Dr. Nurulfadzilah Hasan, Mind Your (German) Language oleh Dr. Nur Aqilah Othman bersama Dr. Nurul A'in Nadzri.
 
Aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri pengalaman pembelajaran di FTKEE melalui penggunaan kit dan modul pengajaran sebenar.Perkongsian Global melalui Panggilan Video.
 
Sebagai penutup, pelajar SEMSAS berpeluang berinteraksi secara langsung melalui panggilan video bersama pelajar UMPSA–BJTU di China, yang berkongsi pengalaman pembelajaran serta kehidupan sebagai pelajar antarabangsa. Sesi ini dikendalikan oleh Dr. Ahmad Syahiman Mohd Shah dan mendapat sambutan yang amat positif.
Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada warga SEMSAS. Pihak fakulti merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama dan sokongan padu daripada pihak sekolah terhadap pelaksanaan program ini.
 
Semoga program seperti ini terus menginspirasikan pelajar SEMSAS untuk meneroka bidang STEM serta menjadikan UMPSA sebagai destinasi pilihan utama untuk melanjutkan pengajian pada masa hadapan.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network