Official Website    

Pembentangan & Demonstrasi SDP1 Dan PSM: Pentas Awal Inovasi Mahasiswa!

Pembentangan & Demonstrasi SDP1 Dan PSM: Pentas Awal Inovasi Mahasiswa!

Sebagai sebahagian daripada penilaian Senior Design Project I (SDP1) bagi Semester II Sesi 2024/2025, para pelajar telah mengambil bahagian dalam Sesi Pembentangan dan Demonstrasi yang menjadi medan utama untuk mereka mempersembahkan hasil kemajuan projek tahun akhir masing-masing.

Sesi ini menyumbang sebanyak 40% markah dalam bentuk Progress Presentation and Demonstration, di mana setiap kumpulan membentangkan idea, penyelesaian kejuruteraan serta melakukan demonstrasi awal kepada panel penilai yang terdiri daripada pensyarah berpengalaman.

Melalui platform ini, pelajar bukan sahaja mengasah kemahiran komunikasi teknikal dan keyakinan diri, malah mendapat maklum balas yang membina dalam usaha memperkemas projek menjelang fasa akhir nanti. Langkah awal ini nampak kecil, tetapi impaknya amat besar untuk masa depan seorang jurutera!

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network