Official Website    

Siri Bengkel Penulisan SDP2: Asah Gaya, Mantapkan Kandungan!

Siri Bengkel Penulisan SDP2: Asah Gaya, Mantapkan Kandungan!

Sebagai persediaan menghadapi fasa akhir projek tahun akhir, para pelajar Senior Design Project II (SDP2) bagi Semester II Sesi 2024/2025 telah menyertai Siri Bengkel Penulisan Final Thesis dan Technical Paper yang dirangka khusus untuk meningkatkan mutu penulisan akademik dan teknikal mereka.

Siri ini merangkumi lima sesi penting meliputi aspek kandungan, struktur, dan pematuhan piawaian penulisan:

1️⃣ Final Thesis Chapter 1 and 2 Writing
2️⃣ Final Thesis Chapter 3, 4 and 5 Writing
3️⃣ Technical Paper Writing and Formatting
4️⃣ Final Thesis Formatting
5️⃣ Referencing: Mendeley and Turnitin

Melalui bengkel ini, pelajar didedahkan kepada teknik penulisan berkesan, penyusunan data kajian secara sistematik serta pematuhan etika penulisan ilmiah – termasuk penggunaan perisian rujukan dan semakan plagiarisme. Inisiatif ini bukan sahaja memantapkan kemahiran dokumentasi pelajar, malah mempersiapkan mereka untuk menghasilkan tesis dan kertas teknikal yang berkualiti tinggi dan berimpak.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network