Official Website    

Siri Bengkel Teknikal SDP1: Asah Kemahiran, Cipta Inovasi!

Siri Bengkel Teknikal SDP1: Asah Kemahiran, Cipta Inovasi!

Sepanjang Semester II Sesi 2024/2025, para pelajar kursus Senior Design Project I (SDP1) telah menyertai Siri Bengkel Teknikal yang padat dan bermanfaat bagi memperkukuh asas kemahiran teknikal mereka.
Siri bengkel ini merangkumi 5 slot utama yang menyeluruh:

- Programming Using Arduino – Part 1
- Programming Using Arduino – Part 2
- Programming Using ESP32
- PCB Design and Fabrication
- Soldering Technique

Setiap slot dirangka khusus untuk memberi pendedahan hands-on dalam bidang elektronik dan sistem terbina, sekali gus menyediakan pelajar dengan pengetahuan praktikal yang amat diperlukan bagi merealisasikan projek reka bentuk akhir mereka.
Dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman dan modul yang berstruktur, siri ini bukan sahaja memupuk kemahiran teknikal, malah menyemai semangat inovatif dalam kalangan pelajar kejuruteraan.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network