Official Website    

Mesyuarat Panel Penasihat Industri (Industrial Advisory Panel) Ke-15 Bil. 1/2026

Mesyuarat Panel Penasihat Industri (Industrial Advisory Panel) Ke-15 Bil. 1/2026

9 September 2026 | Kuala Lumpur
 
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melaksanakan Mesyuarat Panel Penasihat Industri (Industrial Advisory Panel) Ke-15 Bil. 1/2026 pada 9 September 2026 bertempat di Bilik Cempaka, Level 3, Halim Mazmin Place, Kuala Lumpur.
 
Mesyuarat ini menjadi platform strategik bagi FTKEE untuk mendapatkan pandangan, input dan cadangan daripada barisan pemain industri dalam usaha memperkukuh serta menambah baik program akademik agar sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa industri.
 
Antara organisasi industri yang terlibat dalam IAP FTKEE adalah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Malakoff Corporation Berhad, GSPARX Sdn. Bhd., INSTEP, Coca-Cola Bottlers Malaysia Sdn. Bhd., OSRAM Opto Semiconductors Sdn. Bhd., Advanced Micro Devices (AMD), MIMOS Berhad, Jabil Global EHS, , ECO . dan Worldwide Power Solutions Sdn. Bhd.
Penglibatan wakil industri daripada pelbagai sektor ini mencerminkan komitmen FTKEE dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan dan industri, di samping memastikan kurikulum, kompetensi dan kemahiran graduan terus seiring dengan kehendak dunia pekerjaan.
 
Melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman industri, FTKEE berharap kerjasama ini dapat terus membuka ruang kepada kolaborasi akademik dan industri, pemindahan ilmu dan teknologi, peluang latihan serta pembangunan bakat, sekali gus menyumbang kepada pembentukan graduan yang kompeten, adaptif dan bersedia menghadapi cabaran industri masa hadapan.
 
Bersama industri, kita membina pendidikan yang relevan. Bersama FTKEE, kita membentuk bakat untuk masa hadapan.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network