Official Website    

AERONYX UMPSA Raih Tempat Ketiga MRCC 2026, Pelajar FTKEE UMPSA Turut Cetus Kejayaan

AERONYX UMPSA Raih Tempat Ketiga MRCC 2026, Pelajar FTKEE UMPSA Turut Cetus Kejayaan

PASIR SALAK, PERAK, 10 September 2026 – Pasukan AERONYX, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya meraih tempat ketiga dalam Kategori 2 (Roket 1 Kilometer dan CanSat) – Universiti pada Malaysia Rocket CanSat Competition (MRCC) 2026 yang berlangsung pada 8 hingga 10 September 2026 di FELCRA Seberang, Perak.
 
Pencapaian ini turut membanggakan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) apabila dua orang pelajar FTKEE, iaitu Muhammad Afiq Farhan bin Izwan dan Muhammad Mirza bin Epong, menjadi sebahagian daripada pasukan AERONYX yang bertanding dalam pertandingan berteraskan teknologi aeroangkasa tersebut.
 
MRCC 2026 anjuran Planetarium Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama High Energy Material Research Laboratory (HEMREL) memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam reka bentuk serta simulasi roket, pembuatan, sistem CanSat, ujian penerbangan dan sistem pemulihan roket.
 
AERONYX merupakan pasukan yang mewakili Kelab Aero UMPSA dengan sokongan Pusat Teknologi Aeroangkasa UMPSA, dan dianggotai enam mahasiswa daripada pelbagai fakulti, termasuk tiga pelajar FTKMA, dua pelajar FTKEE dan seorang pelajar FTKPM. Penglibatan pelajar FTKEE dalam pertandingan ini memperlihatkan keterlibatan mahasiswa fakulti dalam bidang teknologi aeroangkasa yang menggabungkan elemen kejuruteraan elektrik dan elektronik, sistem kawalan, teknologi sensor serta pembangunan sistem CanSat.
 
Kejayaan ini juga mencerminkan keupayaan mahasiswa UMPSA untuk mengaplikasikan ilmu kejuruteraan melalui inovasi, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah, di samping memberi pendedahan kepada aplikasi teknologi dalam bidang aeroangkasa yang semakin berkembang.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network