Bersama Melakar Hala Tuju Strategik 2026–2030
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA melaksanakan Bengkel Pelan Strategik FTKEE 2026 pada 7 hingga 8 September 2026 sebagai platform untuk memperkukuh hala tuju dan perancangan strategik fakulti bagi tempoh 2026 hingga 2030.
Bengkel ini menjadi ruang untuk seluruh warga FTKEE menilai pencapaian, mengenal pasti keutamaan serta merangka strategi dan pelan tindakan yang lebih tersusun, berfokus dan berorientasikan hasil, selaras dengan aspirasi serta perkembangan semasa pendidikan tinggi. Dalam masa yang sama, penglibatan warga fakulti dalam bengkel ini turut memberi peluang untuk bertukar pandangan, berkongsi idea dan menyatukan aspirasi dalam membentuk hala tuju FTKEE yang dipacu secara bersama. Perbincangan secara kolektif ini diharapkan dapat memperkukuh budaya kerja berpasukan, meningkatkan komunikasi serta mengeratkan ukhuwah dan hubungan silaturahim dalam kalangan warga fakulti. Bengkel ini juga diharapkan dapat membina kesepakatan, rasa kebersamaan dan komitmen bersama dalam memastikan setiap perancangan yang dirangka bukan sahaja jelas dari segi hala tuju, malah dapat diterjemahkan kepada tindakan dan hasil yang memberikan impak kepada fakulti, universiti dan masyarakat.
Daripada idea kepada strategi, daripada strategi kepada tindakan. Semoga Bengkel Pelan Strategik FTKEE 2026 menjadi titik tolak kepada pembentukan FTKEE yang lebih progresif, dinamik, berdaya saing dan bersatu hati, dengan seluruh warga bergerak seiring dalam merealisasikan aspirasi fakulti bagi tempoh 2026–2030.
