Official Website    

FTKEE UMPSA Raih Kemenangan di NMEPC 2025

FTKEE UMPSA Raih Kemenangan di NMEPC 2025

Pasukan FTKEE UMPSA sekali lagi membuktikan kemampuan inovasi teknologi apabila berjaya merangkul kemenangan melalui Kategori Produk Terbaik di National Micro Enterprise Pitching Competition (NMEPC) 2025.
 
Pertandingan ini merupakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), berlangsung pada 24–25 November 2025, dan telah disertai oleh 38 pasukan dari IPTA dan IPTS seluruh negara.
 
Pasukan ini diketuai oleh pelajar Sudhish Rao A/L Narasinga Rao (EL22019) dan Sooriyar A/L Ravindran (EC21068) di bawah bimbingan Dr. Nur Huda Binti Ramlan.
Inovasi CropFit Compost Maker dibangunkan bagi menyelesaikan masalah lambakan sisa cendawan tiram di ladang, serta mengurangkan masa dan tenaga yang biasanya diperlukan dalam proses menghasilkan kompos secara manual.
 
Penyertaan FTKEE bagi pertandingan ini digerakkan melalui inisiatif Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif (PUPUK) UMPSA, yang turut menguruskan proses penyertaan, persiapan serta logistik pasukan sepanjang program tersebut.
 
Fakulti turut merakamkan penghargaan kepada rakan industri Ada Fresh Farm atas sokongan dan kerjasama dalam pembangunan produk ini.
Syabas kepada seluruh pasukan!
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network