Official Website    

Ergonomik: Kecil Perubahan, Besar Impak

Ergonomik: Kecil Perubahan, Besar Impak

PEKAN, 13 Ogos 2026 – Program Ergonomik: Kecil Perubahan, Besar Impak telah berlangsung pada hari ini sebagai satu usaha meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan amalan ergonomik dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan kondusif.
Program anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dekan FTKEE Profesor Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad selaku pembuka program.
 
Sesi diteruskan dengan ceramah kesedaran ergonomik yang disampaikan oleh Dr. Kesavan A/L Govindasamy, Ketua Seksyen Kesihatan Pekerjaan/Occupational Health Doktor (OHD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang, Kementerian Sumber Manusia.
Perkongsian yang disampaikan memberi penekanan terhadap kepentingan kesedaran ergonomik dalam rutin pekerjaan, termasuk mengenal pasti risiko serta mengamalkan kaedah kerja yang lebih betul bagi membantu menjaga kesihatan dan kesejahteraan warga kerja.
 
Menariknya, program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan apabila seramai 219 orang peserta menyertai sesi secara dalam talian, mencerminkan komitmen warga UMPSA terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja.
 
Semoga perkongsian dan kesedaran yang diperoleh melalui program ini dapat diterapkan dalam amalan kerja seharian, kerana perubahan kecil dalam cara kita bekerja mampu memberikan impak yang besar terhadap kesihatan dan keselamatan.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network