Bengkel Pembangunan Minda Strategik Pentadbir-Pentadbir Fakulti di UMPSA (Siri 3)
GLOBALIZATION: NEW WAY OF UMPSA
Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Pembangunan Minda Strategik Pentadbir-Pentadbir Fakulti di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Siri 3) pada 12 Ogos 2026 bertempat di Dewan Peperiksaan FTKEE, UMPSA Kampus Pekan. Bagi siri kali ini, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) berbesar hati menjadi tuan rumah bagi penganjuran bengkel yang menghimpunkan barisan pentadbir fakulti dalam satu sesi perkongsian dan perbincangan strategik berkaitan agenda globalisasi UMPSA.
Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Profesor Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad, Dekan FTKEE, sebelum diteruskan dengan perkongsian oleh YBhg. Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim, Penolong Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa menerusi topik “Globalization: New Way of UMPSA”. Perkongsian ini membuka ruang kepada para peserta untuk memperluas perspektif mengenai peluang global, cabaran, kekuatan fakulti serta strategi yang boleh diterokai dalam mendukung aspirasi UMPSA30.
Turut hadir ialah Profesor Madya Dr. Zuraina binti Ali, Dekan Pusat Bahasa Moden; Profesor Ir. Dr. Ahmad Razlan bin Yusoff, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik; serta Profesor Madya Dr. Mohd Sham bin Mohamad. Semoga sesi perkongsian dan perbincangan ini menjadi pemangkin kepada pemikiran strategik, perkongsian idea dan tindakan yang lebih berimpak dalam memperkukuh kecemerlangan pengurusan fakulti serta menyokong agenda globalisasi UMPSA.
