[UMPSA NEWS] Afeef Hamizan wakili Malaysia, pelajar UMPSA ke-4 berjaya ke peringkat Global Chinese Bridge
PEKAN, 7 Ogos 2026 – Kecemerlangan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam bidang bahasa dan budaya Cina terus terserlah apabila pelajarnya, Afeef Hamizan Mohd Huzaizi, berjaya mengharumkan nama universiti dan negara apabila dipilih mewakili Malaysia ke Chinese Bridge Global Competition 2026 yang akan berlangsung di China.
Kejayaan itu hadir selepas Afeef menjuarai Chinese Bridge UMPSA Preliminary 2026 yang dianjurkan oleh Confucius Institute (CI) UMPSA.
Kemenangan tersebut melayakkan beliau mewakili UMPSA ke The 25th Chinese Bridge – Malaysian Preliminary 2026 yang berlangsung di Institut Kong Zi Universiti Malaya (KZIUM).
Berbekalkan penguasaan bahasa Mandarin, pengetahuan budaya China dan persembahan yang cemerlang, Afeef berjaya muncul johan pertandingan peringkat kebangsaan itu, sekali gus diberi penghormatan untuk mewakili Malaysia ke Chinese Bridge Global Competition 2026.
Maklumat Lanjut: Afeef Hamizan wakili Malaysia, pelajar UMPSA ke-4 berjaya ke peringkat Global Chinese Bridge | UMPSA News
