Dua puluh dua tahun yang lalu, generasi perintis Universiti ini telah meletakkan asas yang menegakkan kedudukan UMPSA sebagaimana yang kita lihat dan rasai kini. Asas tersebut terus diperbaharui dan diperkukuh dalam setiap fasa perkembangan strategik dengan mengambil kira kedudukan dan keperluan semasa dan masa depan Universiti ini secara dinamik dan realistik.
UMPSA menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktivti pengkomersialan produk penyelidikan juga memanfaatkan masyarakat dengan agenda Teknologi Untuk Masyarakat.
Selama 22 tahun ini, UMPSA boleh berbangga dengan pencapaian dalam Akademik dan Penyelidikan dengan penarafan di dalam Negara dan di peringkat antarabangsa.
UMPSA akan terus memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang bertaraf dunia dalam ekosistem kejuruteraan dan teknologi dengan lebih kreatif juga inovatif yang dapat memanfaatkan masyarakat di negara ini.
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-22 buat seluruh warga UMPSA. Tahniah! Buat warga UMPSA.