Tahniah kepada Profesor Madya Dr. Ts. Roshahliza di atas kejayaan memperoleh geran industri.
Sumber Rujukan: LINK
KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN
Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Allah SWT melihat hambaNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua hambaNya KECUALI orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan” (Sahih Ibnu Hibban, 5665)
Manfaatkan malam Nisfu Syaaban dengan melaksanakan amalan seperti membaca al-Quran, qiamullail, istighfar,solat sunat dan berdoa memohon keampunan daripada Allah SWT.
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Omron Electronics (M) Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan dan latihan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang kompeten.
Majlis menyaksikan Penolong Naib Canselor (Pusat Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Datin Ts. Dr. Mimi SAkinah Abdul Munaim, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Profesor Madya Dr. Hamdan bin Daniyal, dan Pengarah Pusat TVET Termaju. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani.
Manakala pihak OMRON diwakili oleh En. Lee Kok Soong, Pengarah Urusan, En. Alvin Choi Kwok Weh, Pengurus Jualan dan En. Sharizal bin Ahmad, Pengurus Akaun.
Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah berkata, OMRON mempunyai kepakaran dan teknologi dalam bidang automasi, penderia, kawalan, robotik dan Revolusi Industri 4.0 di mana ini dapat membantu UMPSA dalam memberikan nilai tambah kepada mahasiswa UMPSA.
Menurut En. Lee Kok Soong pula, kerjasama bersama UMPSA ini merupakan salah satu usaha di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara dua pihak.
“OMRON akan membantu UMPSA dalam menubuhkan makmal yang mempunyai peralatan yang majoritinya adalah buatan Malaysia”,katanya.
Melalui kerjasama ini juga, pelbagai program lain turut boleh diadakan seperti Train the Trainer (TTT), membangunkan modul latihan yang releven dengan kehendak semasa, penempatan bagi pelajar untuk menjalani latihan industri di OMRON dan sesi perkongsian ilmu antara kedua-dua belah pihak.
Pada 20 Februari 2024 telah diadakan Latihan Dalaman Kursus Python Programming Dan Internet Of Things (IOT) Bagi Keperluan Kursus BTE1522 Innovation Lab LI -Python, Bte2533 Innovation Lab IV - IOT Dan Senior Design Project.
Objektif bengkel antaranya;
1.Kandungan utama Innovation Lab II melibatkan penggunaan bahasa Python dan integrasi dengan Raspberry PI sementara Innovation Lab IV pula mendedahkan cara membina getaway IoT yang sepenuhnya berfungsi menggunakan Raspberry Pi.
2. Senior Design Project pula adalah kursus bagi pelajar tahun akhir (BTE 3813 dan BTE 4826) di mana projek yang terlibat biasanya melibatkan integrasi antara pengaturcaraan dan perkakasan, dimana pengetahuan dalam pengaturcaraan Python serta penggunaan Raspberry Pi dalam projek menjadi semakin penting.
3. Latihan dalaman ini akan melibatkan penceramah dalaman UMPSA yang berpengalaman iaitu En Amran Bin Abdul Hadi untuk memberi latihan dan pengajaran secara bersemuka kepada peserta yang terlibat.
4. Latihan dalaman ini adalah perlu dan akan disertai oleh pensyarah-pensyarah dalam program BTS dan BTE khususnya yang terlibat dalam pengajaran agar pengetahuan berkaitan penggunaan bahasa Python dan aplikasi Raspberry PI dapat dikuasai sepenuhnya dan dapat diajar kepada para pelajar dengan sebaiknya.
Kursus Innovation Lab II dan Innovation Lab IV merupakan subjek wajib bagi program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komputer Sistem), singkatannya BTS, yang bakal ditawarkan buat pertama kalinya pada semester 2 2023/2024.