Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri telah berkunjung ke Universitas Dinamika untuk kunjungan bersama perkongsian ilmu buat pelajar-pelajar Program Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer bagi syarahan tetamu antarabangsa dengan tema "'Transforming Smart City and Healthcare with AI and Computer Vision''.
Semasa perkongsian ilmu ini, Dr. Mohd Zamri telah memperkenalkan penumpuan kecerdasan buatan (AI), memahami transformasi bandar pintar dinamik menggunakan AI dan penglihatan komputer. Pensyarah kanan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UMPSA ini telah menerima lebih 20 anugerah penyelidikan peringkat kebangsaan dan antarabangsa daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).
Menurutnya, teknologi ini boleh merevolusikan bandar pintar, kerana apabila diaplikasikan ia memberi kesan kepada kawalan lalu lintas, keselamatan awam dan sebagainya. Sementara itu, apabila digunakan pada aplikasi perubatan, teknologi berasaskan AI ini boleh merevolusikan dunia perubatan, membantu pengesanan awal dan rawatan diperibadikan untuk tumor otak dan penyakit paru-paru dan sebagainya.
Sumber:LINK
Para penyelidik dari FTKEE mencipta kejayaan di Hari Inovasi Jabatan Pertanian Johor 2023 dengan menerima 2 anugerah iaitu pingat emas daripada Inovasi Rumah Cendawan Teknologi Hijau dan pingat perak melalui produk hiliran tepung cendawan.
Anugerah ini merupakan permulaan untuk visi yang lebih besar. Semoga projek kerjasama Ada Fresh Farm-UMPSA ini dapat memberi manfaat kepada industri cendawan khasnya pengusaha cendawan pelbagai peringkat, universiti, pelajar dan menyokong hasrat negara menuju pertanian mampan.
Pasukan penyelidik FTKEE UMPSA terdiri daripada Dr. Nur Huda Binti Ramlan, Dr. Ahmad Syahiman Bin Mohd Shah Dan Dr. Mohamad Shaiful Bin Abdul Karim dengan kerjasama Cik Rasyada A.Rahman dari Ada Fresh Farm, Batu Pahat, Johor.
16 Oktober 2023
PEKAN, 17 Oktober 2023 - PaTrIoT atau singkatannya Parit Tray IoT ialah sistem pengairan solar menggunakan pengairan titik (drip) bagi mengairi tapak semaian kecil untuk biji benih kelapa sawit dengan menggunakan teknologi internet benda (internet of things).
Manakala Dulang Parit (Parit Tray) pula ialah peralatan yang digunakan bagi mencambahkan biji benih kelapa sawit dengan menggunakan teknologi IoT dalam mengawal air yang masuk ke dulang tersebut.
Menurut pensyarah kanan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Madya Ts. Dr. Roshahliza M Ramli, 40, penyelidikannya yang bertajuk ‘PATRIOT: IoT-Enabled Solar Irrigation System for Oil-Palm Pre-Nursery’ itu telah bermula pada Mac 2021 dan siap sepenuhnya pada November 2022.
“Penyelidikan ini bermula setelah saya berjaya menyiapkan sistem pengairan solar pintar pada tahun 2020.
“Sewaktu Pertandingan Creation, Innovation, Technology and Research Exposition (CITREx) 2020, saya telah didatangi oleh pegawai daripada YP Plantation Holdings Sdn. Bhd. yang berminat dengan sistem tersebut untuk dipasangkan di tapak semaian kecil kelapa sawit yang baharu dibina oleh mereka.
“Bermula dari situ, kami cuba memperbesarkan skala sistem yang telah dibuat sebelum ini kepada kawasan tapak semaian kecil seluan 0.7 hektar,” ujar anak kelahiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini,” ujarnya.
Katanya, sistem yang telah dibangunkan ini menggunakan tenaga solar sepenuhnya sebagai sumber kuasa kepada peralatan dan komponen yang digunakan di dalam projek ini.
“Kami menggunakan pam air solar bagi menyalurkan air dengan tekanan yang cukup daripada tangki simpanan air ke 46 jalur pengairan.
“Setiap satu jalur tersebut dapat mengairkan sehingga 2,400 biji benih serentak setelah injap air dibuka secara automatik mengikut masa yang telah ditentukan oleh penyelia ladang atau melalui sensor yang dipasang pada setiap jalur tersebut.
“Setiap injap air di jalur pengairan dapat juga dikawal selia melalui aplikasi mudah alih yang dibangunkan bersama-sama sistem ini,” katanya.
Penyelidikan itu dijalankan bersama pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Dr. Nadzirah Mohd Mokhtar dan Pegawai Latihan Vokasional Pusat Reka Bentuk dan Inovasi Teknologi (PRInT), Ts. Joharizal Johari.
Penyelidikan ini juga turut dibantu oleh Felo Perunding and Penasihat Projek, Dato’ Dr. Mortaza Mohamed serta beberapa pelajar tahun akhir diploma dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di FTKEE.
Welcome to all new Postgraduates students to Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology, Session 2023/2024
Dear Students,
We would like to inform you that the renewal registration period for Semester I of the academic year 2023/2024 is scheduled from October 9, 2023, to October 20, 2023. During this time, we kindly request you to promptly complete the fee payment and course registration procedures via our e-community platform to prevent any unforeseen issues. The commencement of lectures for this semester is set for October 9, 2023. To complete your renewal registration, please log in to the Student E-community and navigate to the "Course Registration" section.
Thank you.
Syabas kepada 21 penyelidik UMPSA tersenarai 2% saintis terbaik dunia bagi 2 kategori termasuk seramai 10 penyelidik tersenarai antara 2% saintis terbaik di dunia bagi kategori Pencapaian Sepanjang Kerjaya (Career-Long Achievement) manakala seramai 20 penyelidik UMPSA turut tersenarai dalam Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement).
Antara yang yang tersenarai dalam kedua-dua pencapaian adalah Profesor Madya Dr. Mohd Herwan Bin Sulaiman (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik) manakala Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Ashraf Ahmad (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik) turut tersenarai dalam Pencapaian Sepanjang Kerjaya (Career-Long Achievement).
Pengiktirafan ini merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Elsevier BV, Stanford University baru-baru ini berdasarkan pangkalan data saintis terkemuka (top-cited scientist).
Tahniah! Pensyarah FTKEE UMPSA.
8 Oktober 2023 | Lipis Pahang.
Sesi demonstrasi dan pelancaran projek Sistem Amaran Bencana Kepala Air “Smart Water Surge Warning System” oleh Rangkaian Penyelidikan Banjir UMPSA yang diketuai oleh Profesor Ir. Dr. Mohamad Faizal Jamlos sempena Majlis Perasmian Penutup Karnival Tanah "Syukuri Nikmat, Laksana Tanggungjawab, Jelaskan Cukai Tanah Anda", Peringkat Negeri Pahang Tahun 2023 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis.
Projek ini dibangunkan dengan kerjasama pihak Yayasan Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Negeri Pahang dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang. Hadir sama dalam majlis ini adalah Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli dan ahli LPU UMPSA, Profesor Ir. Dr. Mohamad Faizal Jamlos serta Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Dato' Hamdan Hussin.
