[UMPSA NEWS] Aniq Zamzamy Terima Anugerah Kecemerlangan Telekom
Aniq Zamzamy terima Anugerah Kecemerlangan Telekom, bukti kesungguhan dan komitmen mahasiswa.
Keupayaan mengimbangi kecemerlangan akademik dengan kepimpinan mahasiswa menjadi antara kekuatan graduan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Aniq Zamzamy bin Sibron, 25, yang menerima Anugerah Kecemerlangan Telekom Malaysia Berhad bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-21 UMPSA.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrik) dengan Kepujian itu menamatkan pengajian dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.59 serta meraih Anugerah Dekan sebanyak lima semester sepanjang pengajiannya di UMPSA.
Berita Penuh: https://news.umpsa.edu.my/.../aniq-zamzamy-terima...
