Syabas kepada finalis Sudhish Rao A/L Narasinga Rao (Vortex Resources) – Kategori B: Perusahaan Pelajar Terbaik dari FTKEE UMPSA
Tahniah diucapkan kepada barisan calon Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang telah berjaya dipilih sebagai finalis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2025 (AKKPT’25). Pencapaian ini menjadi manifestasi keupayaan, komitmen dan kecemerlangan pusat bertanggungjawab dan mahasiswa UMPSA dalam bidang merangkumi keusahawanan.
Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para finalis berikut:
• Sudhish Rao A/L Narasinga Rao (Vortex Resources) – Kategori B: Perusahaan Pelajar Terbaik dari FTKEE.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama UMPSA di peringkat kebangsaan, malah turut menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga kampus untuk terus berdaya saing, berimpak dan menyumbang bakti kepada masyarakat serta negara.
Semoga semua calon dipermudahkan urusan sesi pembentangan dan seterusnya muncul sebagai penerima Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2025 (AKKPT’25), sekaligus mengukuhkan lagi reputasi UMPSA sebagai institusi yang melahirkan mahasiswa holistik, seimbang dan unggul.
