Syabas dan tahniah diucapkan kepada Profesor Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari bin Ghazali
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) UMPSA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada penyelidik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) atas kejayaan memperolehi Dana Penyelidikan Strategik – Request for Proposal (SRF-RFP) Malaysia - China daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Profesor Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari bin Ghazali atas kejayaan projek penyelidikan bertajuk
“Research on Key Technologies for Space Ionospheric Anomalies Modeling and Monitoring in China and The ASEAN Region”
dengan peruntukan sebanyak RM1,030,600.00.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada warga penyelidik UMPSA untuk terus memperkasa kualiti dan keunggulan dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi!