Sesi Taklimat Inkubator Keusahawanan bagi Pelajar-Pelajar FTKEE UMPSA
Sesi Taklimat Inkubator Keusahawanan Pelajar FTKEE telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Oktober 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Kuliah DK2, FTKEE. Sesi ini telah disampaikan oleh Dr. Nurul Ashykin Abd Aziz, Pengarah PUPUK UMPSA, yang berkongsi pelbagai peluang dan inisiatif untuk membantu pelajar mengembangkan perniagaan sedia ada serta meneroka potensi keusahawanan.
Antara perkongsian yang menarik termasuklah peluang mendapatkan dana perniagaan, kemudahan ruang dan fasiliti perniagaan, bimbingan mentor serta pembangunan perniagaan, di samping peluang menyertai program inkubator keusahawanan UMPSA. Program ini diharapkan dapat menyuntik semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar, khususnya pelajar Capstone Project 2 (BVE dan BVI), untuk mengembangkan idea inovasi dan projek ke arah pengkomersialan serta membina perniagaan yang berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Nurul Ashykin Abd Aziz atas perkongsian yang bermanfaat serta kepada semua pelajar yang telah memberikan sokongan dan menyertai sesi taklimat ini. Program ini telah dianjurkan oleh Dr. Razali bin Muda selaku Penyelaras Keusahawanan FTKEE dan turut dihadiri oleh Ts. Dr. Suliana binti Ab Ghani, TDHEPA FTKEE.
FTKEE UMPSA terus komited melahirkan graduan berinovasi, berdaya saing dan berjiwa usahawan.
