FTKEE UMPSA Menyerlah Dalam UMPSA Innovatech Challenge 2026
FTKEE MENYERLAH DALAM UMPSA INNOVATECH CHALLENGE 2026
Tiga pasukan daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) telah menyertai UMPSA Innovatech Challenge 2026, anjuran PUPUK bersempena dengan Hari Terbuka Mahasiswa x Bizz Fest UMPSA 2026. Program ini telah berlangsung pada 17 hingga 18 Oktober 2026 bertempat di Kompleks Sukan UMPSA.
Penyertaan FTKEE telah membuahkan kejayaan apabila Kumpulan SynTech Smart Socket, di bawah bimbingan Prof. Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad, berjaya merangkul Anugerah ‘Teamwork’ Terbaik, manakala Kumpulan Very Cool Group, di bawah bimbingan En. Badaruddin bin Muhammad, telah memenangi Anugerah Produk Inovasi Terbaik.
Tiga pasukan FTKEE yang telah menyertai pertandingan ini ialah:
1. Kumpulan SynTech Smart Socket
Mentor: Prof. Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad
Ahli kumpulan:
Muhammad Iskandar Yusoff (EL23144)
Siti Aishah Mohd Asbi (EL23011)
Tuan Muhammad Arif bin Tuan Nor Azlan (EL23048)
Syed Muhammad Aqdim Aizad bin Syed Nurdin (EL23049)
2. Kumpulan Ctrl + Stay
Mentor: Dr. Wan Syahirah binti W. Samsudin
Ahli kumpulan:
Nurul Huda binti Mohd Mustafa (TG23007)
Sri Sharvin a/l Muniandy (TG23055)
Clement Andrews a/l Chandra (HC24008)
3. Kumpulan Very Cool Group
Mentor: En. Badaruddin bin Muhammad
Ahli kumpulan:
Chong Hwa Yong (TG23032)
Lee Jun Jie (TG23029)
Ng Ser Zrul (TG23031)
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, mentor serta ahli kumpulan atas komitmen, kreativiti dan usaha yang telah dicurahkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dan pencapaian cemerlang FTKEE pada masa hadapan.
FTKEE terus melakar kecemerlangan melalui inovasi.
