Sesi Menandatangani Perjanjian Buku Terbitan Baharu FTKEE dan Penerbit UMPSA
Satu lagi pencapaian membanggakan buat Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA apabila berlangsungnya Sesi Menandatangani Perjanjian Penerbitan Buku Baharu bersama Penerbit Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Buku bertajuk “Basic Residential Wiring with IoT” ini merupakan hasil usaha dan kepakaran tenaga akademik serta staf teknikal FTKEE yang bergabung tenaga dalam menghasilkan bahan ilmiah yang relevan dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan industri.
Barisan penulis buku:
Ts. Dr. Wan Ismail bin Ibrahim, Ketua Program
(Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik dengan Kepujian – BVE), Ts. Dr. Mohd Riduwan bin Ghazali, Pensyarah Kanan, Ts. Mohd Salmizan bin Mohd Zain, Penolong Pegawai Latihan Vokasional,En. Mohd Nizam bin Md Isa, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, En. Mohd Maliki bin Md Saad, Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
Kerjasama strategik antara FTKEE dan Penerbit UMPSA ini bukan sahaja memperkukuh budaya penulisan serta penerbitan ilmiah dalam kalangan warga fakulti, malah menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak karya berimpak tinggi pada masa akan datang.
