Official Website    

SEMINAR 3 BEL3111 EDP: “Pitch It, Build It, Win It! Turning Capstone Projects into Competitions”

SEMINAR 3 BEL3111 EDP: “Pitch It, Build It, Win It! Turning Capstone Projects into Competitions”

Seminar ini disampaikan oleh Dr. Nur Huda binti Ramlan, pensyarah FTKEE UMPSA, dengan tujuan memberi inspirasi dan hala tuju awal kepada pelajar dalam membangunkan projek capstone EDP–IDP yang bukan sahaja memenuhi keperluan akademik, tetapi juga berpotensi diketengahkan sebagai penyertaan pertandingan. Seramai 135 pelajar kursus BEL3111 Engineering Design Principle (EDP) telah menyertai sesi ini.
 
Dalam perkongsian tersebut, Dr. Nur Huda menekankan kepentingan perancangan yang teliti dan terstruktur bagi memastikan kejayaan projek capstone yang berlangsung selama setahun merangkumi kursus BEL3111 pada semester pertama dan BEL3724 Integrated Design Project (IDP) pada semester kedua. Antara perkara yang ditekankan termasuk merangka jadual projek yang jelas, menetapkan objektif akhir sejak peringkat awal, memilih isu yang relevan kepada komuniti serta mendapatkan maklum balas daripada klien sebelum membangunkan penyelesaian. Beliau turut menegaskan keperluan memastikan skop projek sejajar dengan bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, di samping membangunkan kemahiran pitching yang berkesan untuk menyampaikan idea dengan keyakinan kepada panel penilai. Di samping itu, pembentukan chemistry dalam pasukan turut dilihat sebagai faktor penentu kejayaan, melibatkan pertemuan berkala, komitmen seimbang setiap ahli dan pengurusan peranan yang jelas.
 
Pelajar turut diingatkan bahawa mereka mempunyai akses kepada pelbagai sumber sokongan termasuk peruntukan bajet fakulti, kumpulan seramai empat orang serta penyelia sebagai rujukan teknikal dan penyelidikan. Dengan sokongan ini, projek yang dibangunkan diharapkan bukan sekadar memenuhi keperluan penilaian, tetapi mampu melahirkan idea inovatif yang memberi impak kepada komuniti atau industri.
 
Seminar ini dianjurkan oleh Jawatankuasa EDP/IDP FTKEE yang diketuai oleh Ts. Dr. Nurhafizah Abu Talip @ Yusof bersama Ir. Dr. Noor Zaihah Jamal, PM. Ir. Dr. Muhamad Zahim Sujod dan Dr. Ahmad Syahiman Mohd Shah. Pihak jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Nur Huda atas perkongsian ilmu yang membuka minda dan mendorong pelajar untuk memulakan perjalanan capstone mereka dengan lebih yakin, terarah dan berimpak.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network