Selamat Maju Jaya Kepada Kontinjen FTKEE UMPSA ke SUKUM 2026
Bersatu. Berjuang. Gemilang.
Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh kontinjen pasukan FTKEE UMPSA yang akan membawa nama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), mewakili UMPSA ke SUKUM 2026 yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu pada 6 hingga 15 Ogos 2026.
Semoga setiap atlet dan pengurus pasukan diberikan kekuatan, semangat juang yang tinggi serta dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan. Bertandinglah dengan penuh integriti, semangat kesukanan dan yakinlah bahawa setiap usaha adalah satu kebanggaan buat FTKEE.
Satu Pasukan. Satu Semangat. Satu Matlamat.
