Selamat Hari Malaysia 2026
16 September 2026 | Hari Malaysia
Warga Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
Hari Malaysia menjadi simbol penyatuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar, budaya dan negeri dalam membentuk sebuah negara yang aman, harmoni dan berdaulat.
Marilah kita terus memelihara semangat perpaduan, saling menghormati dan kebersamaan, serta bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara melalui ilmu, kepakaran dan inovasi demi masa depan Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.
Berbeza budaya, bersatu hati.
Berbeza negeri, tetap satu Malaysia.
Selamat Hari Malaysia 2026!
Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.
