Selamat Hari Guru
Buat semua insan yang bergelar pendidik. Guru, pensyarah dan para pendidik adalah cahaya ilmu, penunjuk arah dalam kegelapan. Setiap huruf yang diajar, setiap nilai yang ditanam, semuanya membina generasi dan membentuk peradaban masa depan.
Pengorbananmu bukan hanya di bilik darjah atau dewan kuliah namun dalam setiap langkah untuk membina masa depan. Semoga jasa para guru, pensyarah dan pendidik diberkati Allah SWT.
Terima Kasih Cikgu dan Para Pendidik.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai.