Official Website    

Program SULAM @ SMK Indera Shahbandar, Pekan

Program SULAM @ SMK Indera Shahbandar, Pekan

Pada 9 Mei 2025, seramai 28 pelajar DRE1213 (Computer Programming telah menyertai Program SULAM dengan tema Software and Interactive Game Kick Start for Special Education Students Sesi 1 di SMK Indera Shahbandar, Pekan, Pahang. Program ini dijalankan di bawah bimbingan Ts. Dr. Noorazliza Sulaiman, Puan NurulFadzilah Hasan, Cik Sulastri Abdul Manap, Ts. Dr. Abdul Nasir Abd. Ghafar, Ts. Muhamad Ridzuan Radin Muhamad Amin, En Falfazli Mat Jusof dan Dr. Noor Yahida Yahya.

Program ini disokong oleh geran inovasi sosial CDU2401dan CDU240162. Sepanjang program, pelajar bertanggungjawab sebagai fasilitator kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam mengendalikan bengkel asas pengaturcaraan menggunakan perisian Scratch. Tujuan utama program adalah untuk memberi pendedahan kepada MBPK berkenaan kemahiran asas pengaturcaraan dan menggunakan perisian yang sesuai dan mendedahkan pelajar FTKEE dengan pembelajaran pengalaman (learning experiences) melalui interaksi dengan komuniti luar.

Hasil daripada bengkel telah menunjukkan murid berjaya untuk memberi focus dan menyiapkan semua tugasan yang diberikan. Pelajar FTKEE juga telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen dalam mengendalikan bengkel berkenaan. Susulan daripada sesi ini, satu lagi sesi akan dijalankan pada 23 Mei melibatkan 35 orang pelajar DRE1213 dengan tugasan yang lebih menarik dan mencabar. Diharapkan program yang dijalankan ini dapat memberi seribu satu manfaat kepada murid pendidikan khas dan pelajar FTKEE.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network