Official Website    

Program SULAM (Service Learning Malaysia – University for Society): Understanding What is Electric and Having Fun with Mini Electric Car Building

Program SULAM (Service Learning Malaysia – University for Society): Understanding What is Electric and Having Fun with Mini Electric Car Building

Tempat: SJK(C) Pekan
Tarikh: 9 Mei 2025

Program SULAM anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya dilaksanakan di SJK(C) Pekan dengan penyertaan seramai 219 murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta 23 orang guru.
Program ini bertujuan memperkenalkan asas elektrik kepada murid sekolah rendah melalui pendekatan pembelajaran aktif dan menyeronokkan. Antara aktiviti utama ialah bengkel interaktif pengenalan elektrik, sesi pembinaan kereta mini elektrik menggunakan bahan kitar semula, dan diakhiri dengan aktiviti perlumbaan kereta mini elektrik yang menguji kefungsian reka bentuk serta memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.

Menariknya, program ini turut melibatkan 48 orang pelajar Program BEL (BEL1123 – Circuit Analysis 1) yang bertindak sebagai fasilitator. Mereka diberi tanggungjawab untuk menyampaikan asas elektrik kepada murid-murid, membimbing mereka dalam aktiviti pembinaan kereta mini, dan mengendalikan sesi ‘test run’ serta pertandingan kereta elektrik. Tugasan ini juga menyumbang kepada 10% penilaian kursus mereka, menjadikannya satu pengalaman pembelajaran yang autentik dan bermakna.

Program ini diketuai oleh Ts. Dr. Nurhafizah binti Abu Talip @ Yusof, dengan sokongan padu daripada 16 orang staf (14 staf akademik dari Program BEL, 1 staf akademik dari Program Diploma, dan 1 staf pentadbiran). Antara barisan AJK program yang menjadi tulang belakang kejayaan ini ialah:
Dr. Wan Syahirah, Dr. Syamimi Mardiah, Dr. Nur Huda, Dr. Norazila, Dr. Rosdiyana, Ir. Dr. Zetty Adibah, Dr. Nur Zahirah, Ir. Dr. Noor Zaihah, Salmiah, Faradila, Dr. Suliana, Ir. Dr. Ikhwan, Ts. Dr. Ahmad Afif, PM Ts. Dr. Mohamad Shaiful, dan Dr. Ahmad Syahiman.
Program ini bukan sahaja berjaya mencungkil minat murid terhadap bidang sains dan kejuruteraan, malah menjadi platform pengukuhan hubungan antara universiti dan komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak sekolah, khususnya Guru Besar SJK(C) Pekan, Encik Tan Wee Kwang, atas kesudian menerima kunjungan serta kerjasama yang amat baik sepanjang program berlangsung. Semoga jalinan ini terus berkembang dalam program-program akan datang.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network