Official Website    

Program Pengenalan Elektrik, Mikropengawal dan IoT di KV (Pertanian) Chenor

Program Pengenalan Elektrik, Mikropengawal dan IoT di KV (Pertanian) Chenor

Telah berlangsung dengan jayanya Program Pengenalan Elektrik, Mikropengawal dan Internet of Things (IoT) bertempat di Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Maran, Pahang pada 1 hingga 3 Oktober 2025. Program selama tiga hari ini merupakan inisiatif berimpak komuniti di bawah Geran Inovasi Sosial dan Pemindahan Ilmu Komuniti (CDU) yang dikendalikan oleh Pusat Hubungan Komuniti, Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), di bawah kelolaan Ts. Dr. Saifudin bin Razali.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada pelajar dan staf Unit Agroindustri Ternakan Poltri KV Chenor berkaitan komponen elektronik, mikropengawal (ESP32) serta aplikasi Internet of Things (IoT) dalam bidang pertanian moden. Sepanjang program, peserta berpeluang menjalani latihan hands-on membina litar asas, menulis kod pengaturcaraan mikropengawal serta mengikuti sesi konsultansi bersama fasilitator dari UMPSA. Perbincangan turut menjurus kepada pembangunan projek tahun akhir dan idea inovasi berasaskan teknologi elektrik, elektronik serta automasi dalam sektor agroindustri ternakan poltri.

Program ini bukan sekadar memperkenalkan teknologi baharu, tetapi turut membuka minda peserta terhadap potensi besar penerapan IoT dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti pertanian moden. Diharapkan penganjuran program sebegini akan terus menyemai minat dalam kalangan pelajar terhadap bidang kejuruteraan dan teknologi, di samping memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan vokasional dan universiti.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta serta warga KV (Pertanian) Chenor atas komitmen dan semangat kerjasama yang luar biasa sepanjang program berlangsung. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif berteraskan inovasi dan teknologi hijau pada masa hadapan.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network