Perkongsian Akademik: Lawatan Penanda Aras KKTM Kemaman ke FTKEE UMPSA
Delegasi KKTM Kemaman, seramai lima orang pensyarah telah diketuai oleh Ketua Program Elektrik, Ir. Hanafi bin Che Ab. Halim. Kehadiran delegasi KKTM disambut oleh pihak FTKEE UMPSA yang diketuai oleh Dr. Norazila binti Jaalam selaku Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan. Sesi lawatan dimulakan dengan perbincangan dua hala yang memfokuskan kepada struktur kurikulum program diploma serta pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE), termasuk perkongsian amalan terbaik dalam pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran. Lawatan kemudiannya diteruskan dengan lawatan ke makmal bagi melihat kemudahan serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara praktikal.
Diharapkan lawatan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama akademik serta memberi manfaat kepada kedua-dua institusi dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan tinggi.
