Official Website    

Majlis Syarahan Umum UMPSA Rai Kepakaran Tokoh Akademik Bincang Tenaga Lestari dan Budaya Akademik

Majlis Syarahan Umum UMPSA Rai Kepakaran Tokoh Akademik Bincang Tenaga Lestari dan Budaya Akademik

15 April 2025 | Dewan Astaka, UMPSA Gambang


Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini menganjurkan Majlis Syarahan Umum Profesor dibawah pelarasan Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA) dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dan Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI). Majlis berlangsung di Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang.

Majlis dihadiri Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias, yang turut menyokong usaha memperkukuh budaya ilmu serta pemindahan pengetahuan dalam kalangan komuniti akademik. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Penolong Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (Pengantarabangsaan), Prof. Datin Ts Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Prof Madya Dr Aizi Nor Mazila binti Ramli dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ( FTKEE), Prof Madya Ts Dr Hamzah Ahmad.

Majlis ini menjadi platform untuk para profesor berkongsi kepakaran dan pengalaman penyelidikan, selain mengetengahkan hala tuju bidang masing-masing. Ia sekali gus mempromosikan pembelajaran berterusan serta inovasi dalam pelbagai disiplin ilmu, selari dengan aspirasi UMPSA dalam memperkukuh budaya akademik dan kecemerlangan penyelidikan. Majlis kali ini menampilkan dua tokoh akademik tersohor, iaitu Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang merupakan pensyarah di FTKEE UMPSA, dan telah menyampaikan syarahan bertajuk “Tenaga Pemacu Masa Depan Lestari”.

Turut menyampaikan syarahan akademia ialah Profesor Emeritus Dr. Bohari bin Mohd Yamin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang pernah berkhidmat di Pusat Sains Kimia dan Teknologi Makanan. Beliau menyampaikan syarahan bertajuk “Memperkasakan Budaya Akademik”, yang menekankan kepentingan ilmu, integriti dan penglibatan aktif dalam membina komuniti akademik yang dinamik.

Penganjuran majlis ini turut memperkukuh jaringan kerjasama antara UMPSA dan pelbagai institusi luar, selain memupuk semangat inovasi serta memperkasakan penyelidikan yang memberi manfaat kepada negara dan masyarakat. Turut hadir memeriahkan majlis ialah para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau, SMK Pandan, Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), SMK Lepar Hilir, SMK Sri Mahkota, SMK Gambang, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan warga universiti.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network