Industri Bertemu Inovasi: Perkongsian Ilmu & Pengalaman Bersama CEO EXA Synergistic
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Safwan Shukri @ Md Nor, CEO EXA Synergistic Sdn. Bhd. atas kesudian meluangkan masa berkunjung ke Mini Plant, FTKEE, UMPSA. Lawatan ini membuka ruang kepada pelajar BVI Tahun 3 untuk membentangkan kemajuan projek ‘bottle filling machine retrofitting’ yang dibangunkan secara kolaboratif melibatkan 4 pasukan utama — Electrical, PLC, SCADA dan Instrumentation — di bawah bimbingan pensyarah FTKEE.
Banyak input bernilai, perkongsian pengalaman industri dan cadangan penambahbaikan telah dikongsikan, selari dengan keperluan sebenar industri automasi masa kini. Beliau turut memuji pendekatan Project-Oriented Problem Based Learning (POPBL) yang diterapkan dalam projek ini, serta kagum dengan hands-on skills yang dipamerkan oleh para pelajar BVI. Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara UMPSA dan EXA Synergistic, khususnya dalam memperkasa pelaksanaan Work-Based Learning (WBL) serta melahirkan graduan BVI yang kompeten, berkemahiran tinggi dan bersedia menyumbang dalam ekosistem industri sebenar.