Official Website    

Lawatan Penanda Aras Akreditasi ETAC PSZMA ke FTKEE UMPSA

Lawatan Penanda Aras Akreditasi ETAC PSZMA ke FTKEE UMPSA

PEKAN | 29 September 2026 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan delegasi Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSZMA) bagi Lawatan Penanda Aras Akreditasi ETAC.
 
Lawatan JKE PSZMA ini bertujuan memberi ruang kepada delegasi untuk mendapatkan perkongsian dan melihat amalan pengurusan FTKEE berkaitan proses pelaksanaan akreditasi ETAC, pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), pelaksanaan Projek Tahun Akhir (FYP), latihan industri serta pengurusan kemudahan dan fasiliti makmal.
 
Kunjungan ini turut disambut oleh Profesor Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad, Dekan FTKEE, bersama Ts. Dr. Raja Mohd Taufika bin Raja Ismail, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa); Ts. Dr. Mohd Shawal bin Jadin, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah); Dr. Norazila binti Jaalam, Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik; Dr. Nurulfadzilah binti Hasan, Penyelaras DRE; Dr. Wan Syahirah binti W Samsudin, Penyelaras LI Diploma; serta Ts. Dr. Mohd Helmi bin Suid, Penyelaras Projek Tahun Akhir DRE.
 
Turut hadir ialah Hj. Mohd Dasri bin Adnan, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik; Pn. Norazlinawati bt Mat Yaacob, Ketua Program DEP; Pn. Norhafizah Che Hassan, Ketua Program DTK, serta pensyarah-pensyarah JKE PSZMA. Sepanjang lawatan, delegasi turut mengikuti sesi pembukaan dan perbincangan akreditasi ETAC, penyemakan dokumen, lawatan ke makmal dan fasiliti berkaitan serta sesi perbincangan perkara-perkara berbangkit. Lawatan penanda aras ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan pengurusan akademik antara kedua-dua institusi, khususnya dalam usaha memperkukuh kualiti program serta persediaan menghadapi keperluan akreditasi ETAC.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network