Lawatan Kerja Agensi Nuklear Malaysia ke FTKEE UMPSA
7 Ogos 2026 | FTKEE, UMPSA Pekan
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA telah menerima lawatan kerja daripada Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama penyelidikan dan perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak.
Lawatan yang diketuai oleh Dr. Nor Azwin binti Shukri, Ketua Projek, bersama pegawai penyelidik dan wakil industri ini turut melibatkan lawatan ke makmal pendawaian FTKEE serta perbincangan berkaitan pembangunan produk kabel rintangan api (flame-retardant cable) di bawah projek SRF-MOSTI.
Pertemuan ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pemindahan kepakaran antara FTKEE, Nuklear Malaysia serta pihak industri.
