Official Website    

Lawatan Ilmiah Kadet JPJ Ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FTKEE), UMPSA

Lawatan Ilmiah Kadet JPJ Ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FTKEE), UMPSA

PEKAN, 29 OKTOBER 2025 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan lawatan pembelajaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
 
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar Kadet JPJ mengenai bidang teknologi kejuruteraan elektrik dan elektronik serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan teknologi dalam industri automotif dan sistem pengangkutan moden.
 
Delegasi lawatan telah disantuni oleh Ts. Muhammad Ikram bin Mohd Rashid, Pengarah Pusat Kejuruteraan Automotif (COE) merangkap Felo Penyelidik Utama, yang turut berkongsi pandangan serta perkembangan terkini dalam bidang teknologi automotif dan kejuruteraan pintar di UMPSA.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network