Official Website    

Kolaborasi Teknikal FTKEE UMPSA–Agensi Nuklear Malaysia–Wonderful Ebeam Cable Perkukuh Pengujian Sistem Kabel

Kolaborasi Teknikal FTKEE UMPSA–Agensi Nuklear Malaysia–Wonderful Ebeam Cable Perkukuh Pengujian Sistem Kabel

PEKAN | 30 September 2026 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melaksanakan Aktiviti Pemasangan Sistem dan Pengujian Kabel di Makmal Pendawaian FTKEE dengan penglibatan Agensi Nuklear Malaysia serta pihak industri, Wonderful Ebeam Cable.
 
Aktiviti ini melibatkan pemasangan sistem serta pengujian kabel bagi menilai aspek prestasi dan kualiti sistem dalam keadaan operasi sebenar. Antara staf FTKEE yang terlibat ialah Ir. Ts. Dr. Rosmadi bin Abdullah, TC. Mohd Maliki bin Md Saad, Ts. Mohd Salmizan bin Mohd Zain, Ts. Dr. Mohd Shafie bin Bakar dan Dr. Amir Izzani bin Mohamed.
 
Pada bahagian akhir sesi ketiga, aktiviti turut disertai oleh Mr. Chan Chang Choy, CEO Wonderful Ebeam Cable, yang berkesempatan melihat dengan lebih dekat proses pemasangan sistem satu fasa yang dilaksanakan di Makmal Pendawaian FTKEE. Bagi sesi pengujian, sistem diuji menggunakan beban yang dipasang pada motor AC berkuasa 1.5 kuasa kuda serta kipas siling, manakala analisis parameter sistem turut direkodkan menggunakan peralatan Power Quality Analyser.
 
Pelaksanaan aktiviti ini mencerminkan usaha FTKEE dalam memperkukuh kolaborasi bersama agensi penyelidikan dan pihak industri, khususnya dalam aspek pembangunan, pemasangan serta pengujian teknologi kabel, di samping menyokong pengukuhan kemudahan dan kepakaran teknikal dalam bidang kejuruteraan elektrik
 
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network