Jemputan Ke Majlis Syarahan Umum Profesor FTKEE dan FIST
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
YH. Dato’/ Datin/ Profesor/ Profesor Madya/ Dr./ Tuan/ Puan
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Majlis Syarahan Umum Profesor UMPSA merupakan program ilmiah berkala yang dianjurkan Universiti sebagai wadah perkongsian ilmiah oleh ahli-ahli akademik kepada warga Universiti, industri dan masyarakat.
3. Majlis Syarahan Umum akan menampilkan Profesor dari UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Bin Mohamed merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA) dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE UMPSA) serta iaitu tokoh akademik, Profesor Emiretus Dr. Bohari bin Mohd Yamin yang pernah berkhidmat dl Pusat Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
4. Bagi penganjuran siri Syarahan Umum pada kali ini, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dan Fakulti Sains Dan Teknologi Industri (FIST) telah dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA) untuk bertindak sebagai hos penganjuran Majlis Syarahan Umum Profesor seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 15 April 2025 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang
5. Sehubungan dengan itu, pihak kami sangat berbesar hati menjemput YH. Dato’/Datin/ Profesor/ Profesor Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk hadir ke Majlis Syarahan Umum Profesor Tahun 2025.
Bersama-sama ini disertakan juga atur cara majlis untuk rujukan pihak YH. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Semoga dengan kehadiran YH. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dapat memeriahkan dan memaknakan lagi majlis ini. Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak YH. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.