Official Website    

Hari Suai Kenal (HSK) bagi Pelajar Baru Program Diploma FTKEE UMPSA

Hari Suai Kenal (HSK) bagi Pelajar Baru Program Diploma FTKEE UMPSA

1 Ogos 2025 dimulai dengan HARI SUAI KENAL (HSK) FTKEE pelajar baru diploma seramai 94 orang yang telah mendaftarkan diri pada 19 Julai 2025 yang lalu. Majlis HSK FTKEE ini merupakan acara yang penting bagi mendedahkan pelajar kepada persekitaran FTKEE. Majlis ini terbahagi kepada 3 slot: pengurusan, taklimat dan aktiviti.
 
Slot pertama telah dimulai dengan ucapan dari Timbalan Dekan Akademik Prof. Madya Dr. Mohd Anwar. Dalam slot ini TDA telah memperkenalkan pihak pengurusan dan program-program degree yang ada FTKEE. Manakala slot taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Suliana, Ketua Program DRE, Dr. Helmi Suid, Penyelaras EEES, Pn. Nurul Wahida, wakil teknikal En. Salmizan dan Penyelaras FYS-PA, Dr. Marlina.
 
Dan majlis diakhiri dengan slot aktiviti di mana para pelajar menjawab soalan kuiz menggunakan 'classpoint'. Hadiah bagi pemenang terpantas telah disampaikan oleh TD HEPA.
Diharap majlis ini dapat membantu para pelajar untuk mendapat info yang lebih tepat dan membakar semangat untuk lebih berjaya.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network