FTKEE UMPSA Anjur Seminar & Majlis Apresiasi Pelajar Libya
09 September 2025 | Ancasa Royale, Pekan
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Mesyuarat Gerak Kerja MQA Compliance Evaluation (CE) Audit serta Seminar Pembentangan MEE4026 Engineering Project 2. Program ini melibatkan pelajar Program Pesisir Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari) daripada kohort pertama pelajar Libya, hasil kerjasama dengan rakan strategik iaitu Premium Entrepreneur Consultant Sdn. Bhd. (PECSB).
Mesyuarat gerak kerja ini dipengerusikan oleh Dekan FTKEE, Profesor Ts. Dr. Hamzah Bin Ahmad, bertujuan menyelaras persiapan dokumen menjelang sesi penilaian MQA Compliance Evaluation (CE) Audit 2027.
Dalam masa yang sama, seminar pembentangan projek memberi ruang kepada pelajar untuk mengetengahkan hasil penyelidikan mereka, di samping menjadi platform meraikan pencapaian kohort pertama pelajar Libya yang bakal bergraduat tahun ini.
FTKEE berbangga meraikan kejayaan dan komitmen para pelajar antarabangsa, sekali gus memperkukuh hubungan akademik dan jaringan kolaborasi global UMPSA.